Pages

Friday, 2 March 2012

Duhai hati..

err..comey~



Persahabatan..
Friendship..
Teman sehati sejiwa..

Apa pun jua istilah yg kita gunakan..
Pasti memberi seribu erti kepada sesiapa sahaja..
Orang lain pasti tidak akan pernah mengerti..
Tapi kita tau dan pasti apa yang kita mahukan..
Apa yang kita inginkan dlm hidup kita..
Setiap manusia mempunyai keinginan yang berbeza..
Kadang2 kita cuba nak penuhi semua keinginan2 itu..

Tapi..
Kita selalu lupa..
Kita selalu alpa..
n..
kita selalu terleka..
bahawa pasti ada hati yang terasa..
pasti ada hati yang kecewa..
pasti ada hati yang terluka..

walaupun pancaran cahaya mentari yang memancar..
pastinya bakal memedihkan mata..
tp pernahkah kita terfikir bahawa..
hati yang akan terasa sakitnya..
hati yang bagai disiat-siat..
oleh kerana perbuatan kita..

dia bukanlah inginkan penghargaan..
dia bukannya inginkan kau layan dia seperti org lain..
seperti kawan yang lain..
bukan juga inginkan kau mengangkat darjatnya ke tempat yang paling tinggi..

tapi..

cukuplah pandangya dengan pandangan seorang sahabat..
pandangan yang penuh mendamaikan jiwa seorang sahabat..
bukan dengan pandangan penuh teka-teki..
bukan pandangan yang menjelikkan..
n bukan dengan pandangan yang sarat dengan beribu soalan..
seperti ia seorang pesalah..
yang menunggu saat tuk dijatuhkan hukuman mandatori..


mengertilah sahabat..
fahamilah sahabat..
aku tahu..
pasti sukar..
sebab aku sendiri tak mampu tuk melakukannya..

:-')

masing-masing ada egonya..
masing-masing seolah tidak kenal..
seolah-olah tidak pernah berkongsi cerita..
seolah-olah tidak pernah bergurau senda..
seolah-olah berada di dua dunia yang berbeza..
kelakar kan?huhu..

aku dengan caraku..
dan kau tetap dengan cara kau..
salah faham?
Miscommunication?
Yup!
Sebab?
Tiada lagi pertanyaan bagi merungkaikan soalan yang berada di minda..
Cukup dengan telahan masing-masing..
Cukup dengan andaian masing-masing..
Cukup dengan dengar “cakap-cakap” orang..
Bertambah-tambah kelakar kan?=D

Biarlah..
Biar aku ikut rentak ini..
Mungkin sumbang langkahku pada mulanya..
Mungkin juga kakiku akan tersadung di mana-mana..
Mungkin juga aku akan terjatuh ke lubang yang aku tidak Nampak puncanya..
Tapi..
Itulah dinamakan sebuah kehidupan hakiki..
Yang perlu aku pelajari dari hari ke hari..
Semoga langkahku yang sumbang itu akan kutemui rentaknya..
Kakiku yang tersadung itu akan terubat jua..
N lubang yang ada dapat ku kesan dengan petunjuk dariNya..

Aku hanya mampu menadah tangan..
Memohon padaNya..
Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milikmu..
Semoga sentiasa ada senyuman terukir di bibirmu..
Semoga orang sentiasa senang dengan kehadiranmu..
Di mana jua kau berada..

Aku..
Minta maaf..
Dari hujung rambut..
Hingga..
Ke..
Hujung kaki..

Aku tak tahu cane nak “pegang” lagi..
Aku tak tahu cane nak rasakan “kehangatan” persahabatan itu lg..
Aku tak tahu..
Kalau kau tahu..
Tunjukkan aku caranya..
Tunjukkan aku rentaknya..
Sungguh..aku buntu..

tapi..


Aku..
Akan sentiasa jadi sahabat kau..
Sahabat selamanya..
Sahabat di hati..
Cukuplah sekadar di hati..=)

n..
aku..
sentiasa..
SAYANG
Kau, SAHABAT..
Selama-lamanya..insyaAllah..=”)






 sekian...Assalamualaikum

No comments: