masih ingat tak lagi suatu hari,
saat kita mula jauh,
antara satu sama lain,
sungguh menyakitkan saat tu,
mesej tak berbalas,
chat tak bersahut,
seakannya terputus sudah satu ikatan,
seakannya kita dah tak kenal lagi,
tapi masa yang berlalu menentukan segalanya,
setelah lama menyepi,
kita bersama semula,
semuanya seakan baru,
seakan kita masuk ke 'wonderland',
dan sekarang ni,
ianya seakan berputar kembali,
terasa aku yang sekarang ni,
duduk ditempat kau yang dulu,
macam mana untuk aku jaga dua hati,
kawan,sahabat,
tapi pada aku tak bermakna aku kene buang salah satu,
cuma...
aku merasakan macam aku kene back off sket,
bukan apa,
mungkin ada yang tak berapa nak senang dengan aku jika aku ada,
dia sekarang dah lain,
dah tak banyak nak cakap,
jadi agak pendiam,
aku terasa macam salah aku je dia jadi camtu,
wahai sahabat,
sejarah tu memang akan berulang,
sebab kita ni,
sama ada aku atau kau atau siapa-siapa je,
terlupa untuk ambil sesuatu pengajaran dari apa yang berlaku dulu,
tapi sematkan satu je dalam hati,
kau tetap sahabat aku,
dan aku akan sentiasa adalah sahabat kau,
jauh mana pun kita,
aku masih lagi boleh nampak kau,
sekiranya kau terjatuh,
mesti aku akan datang untuk hulurkan tangan membantumu...
satu hari nanti,
kita mesti dapat borak-borak lagi,
ni aku punya cakap,pecayalah,
aku setia menunggu saat tu...
aku sayang kau SAHABAT...
sekian...Assalamualaikum


No comments:
Post a Comment