Pages

Thursday, 1 March 2012

010312

hari ni,
pagi ni,
saat aku terbangun dari tidurku,
suasananya kelam,
tak bermaya,
'gloomy' je,
apa maknanya?

selesai menunaikan solat,
aku duduk dan berfikir sejenak,
kenapa aku berperasaan begini?



owh...
macam ada sesuatu yang perlu dilakukan,



wahai...
wahai sahabat...
wahai kawan...

wahai...
dalam hidup kita ni, mesti ada saat kita jatuh dan bangun,
kalau tak,tak dinamakan kehidupan, itu namanya khayalan,

wahai sahabat...
pengalaman sama ada sedih atau gembira sentiasa datang pergi dalam hidup kita,
sebab itu kita ni special, diberi akal dan nafsu,gunakan ia sebaiknya untuk kejayaan kita dunia akhirat,

wahai kawan,
sebagai insan biasa, memang kita tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan,
tapi tu biasa,tu biasa,
sematkan dihati bahawa,
seburuk mana pun kita,
banyak mana pun silap yang kita dah buat,
dihujung satu jalan nun disana,
ada seseorang,
siapa pun dia,bagaimanapun rupa paras dia,
percayalah...
dia akan menerima kau seadanya,



wahai,
konflik akan sentiasa datang dalam hidup ni,
walaupun kita hanyalah sekadar sahabat,
benda tu cam seakannya 'mendengki' setiap perhubungan,
tapi tu lumrah,
cekalkan hati dan yakin yang ianya mampu menghadapinya,


wahai sahabat...
tangan ni tak pernah jemu menadah tangan,
mendoakan semoga orang disekelilingku sentiasa bahagia dan gembira,
kau sentiasa dalam list aku,
mungkin Allah belum memakbulkan lagi doa aku,
kalau bukan hari ni,mungkin esok,
aku sentiasa berharap dan ingin melihatnya terjadi,



kalau kau rasa aku cam jauh,
anggaplah aku cam bayang-bayang,
selagi ada matahari yang bersinar,
selagi tu aku akan ada,
selagi ada sinar cahaya yang menyinar,
selagi tu aku akan ada,
cuma kadang-kadang kita terlupa,
aku sentiasa update tentang kawan-kawan aku...InsyaAllah,
selalu-selalulah pandang sekeliling,
kadang-kadang kita tak perasan siapa yang lalu sebelah kita...:)
kebetulan tu kadang-kadang best...huhu











sekian...Assalamualaikum

No comments: