Pages

Monday, 5 December 2011

manusia...sahabat

lama rasanya untuk jari-jari ini tak menari-nari diatas papan kekunci komputer ni,
lama juga rasanya tak duduk menghadap skrin yang berwarna-warni ni,
apakah aku sangat sibuk sampai tak punya waktu seperti dulu?
lama juga tak berkunjung ke 'tempat-tempat' maya yang dulunya sering dikunjungi,
maafkan atas ketidaksempatan itu,
bukan tak mahu,

lama rasanya tak mencurahkan idea yang tersimpan dibenak kepala,
dan peluang yang dicari kini menjelma,
dan sepanjang cuti kali ini banyak mengajar aku pelbagai perkara,
sama ada untuk memahami kehidupan dan juga sebagai petua untuk meneruskan hidup hari-hari,


urmmmmm...
dalam hidup kita hari-hari,
kita akan mengalami pengalaman yang baru dan juga mungkin pengalaman yang berulang,
dan jika ianya sudah dialami sebelum ni,mudahlah kita untuk melepasi dan menanganinya,
namun ada juga yang susah untuk ditangani,
susah ye nak memahami orang?
makin kita kenal dia,
makin kita tak kenal dia,
mskin kita faham dia,
makin banyak pula kerenah baru yang muncul,
seakan-akan mahukan kita melakukan sesuatu untuk itu,
tapi bila kita dah lakukan 'sesuatu' tu,
sepertinya tak cukup??
sampai satu saat kita rasakan macam dah habis idea lagi,
apa yang manusia mahukan?
apa yang dia mahukan?
apa yang kita boleh buat ?
tiap kali cuba untuk memahamkan diri kita tentang orang,
persoalan yang sama menjelma dalam kotak fikiran,


pernahkah kita terfikir yang kita dah melakukan satu kesalahan pada seseorang?
pernahkah kita sedar bahawa kita dah buat sesuatu yang mungkin buat seseorang itu terasa?
dan kita tahu dia tahu,
dan kita juga sedar yang dia sedar,
tapi dalam masa yang sama,
kedua-duanya masih juga mendiamkan perkara tu,
berlagak seolah-olah antara kita dan dia tak ada apa-apa,
berusaha senyum seperti biasa,
berhubung seprti biasa,
tapi hakikatnya...
keduanya mungkin terpaku apabila salah seorang membuka mulut,
menyedari tentang betapa egonya mereka berdua,
masing menunggu yang seorang lagi untuk memulakan langkah,
jika bernasib baik, slah seorang dari mereka akan memulakan langkah itu,
jika ajal yang menemui salah seorang darinya dulu,
maka satu lagi babak "penyesalan yang tak sudah" akan berulang lagi,
tapi soal hati,
bukan boleh dibuat-buat dengan begitu saja,
perlukan kekuatan yang jitu dari jauh disudut hati,
tapi kita sendiri pun tak yakin kan...
dan manusia lebih suka untuk mengambil jalan untuk...
menunggu saja....






buat sahabatku yang kini jauh dimata,
dihati tetap lagi dekat,
apa kahabarmu disana,
lama kita tal bertanya khabar,
aku sentiasa doakan kau berada dalam keadaan sihat hendaknya,
ada sesuatu ke yang menjadikan kau 'lain' dari biasa?
ke ada syarat-syarat yang perlu kau patuhi?
atau kita tengah 'berperang' untuk melihat siapa yang akan memulakan dulu?
huhu..
apakah seekor ikan mampu menggantikan seseorang sahabat?
apakah sesuatu yang darinya sudah mampu mengubat kerinduan kau?
apa yang ikan tu dah buat sampai kau sepertinya jauh,
sungguh aku mencemburui ikan tu sebab dia mampu untuk sentiasa dekat dengan kau,
tak lama dah cuti ni,
jika kau sedang bahagia tatkala aku menulis ni,
aku sentiasa doakan yang ianya akan berkekalan,
sekiranya kau sedang bersedih,
aku pesankan pada hujan untuk sentiasa menemani kau,
sentiasa membasahi wajahmu agar tidak terlihat bahawa kau sedang mengalirkan airmata,
percayalah wahai sahabat,
yang kau akan sentiasa akan jadi sahabat aku,
jika tak secara zahir, aku akan sentiasa ada tempat untuk kau,
maafkan aku jika ada salahku yang aku tak sedar,
aku cuma seseorang yang biasa,


aku sentiasa sayangkan kau,
sebagai seorang sahabat...:D













sekian...Assalamualaikum

No comments: