Jauh di satu kampung, di hujung satu jalan terdapat satu buah rumah yang buruk lagi usang. Di situ tinggal seorang ibu yang sudah tua bersama seorang anak perempuannya yang baru sahaja melepasi umur belasan tahun. Anaknya merupakan seorang anak yang bijak lagi cantik. Dia memiliki paras rupa yang menawan dan juga tingkah laku yang baik. Oleh sebab itu, ibunya amat sayang kepadanya.
Pada suatu hari, raja telah mengadakan satu pertandingan untuk mencari bakal calon untuk dijadikan isteri kepada anak lelakinya yang kini telah meningkat dewasa. Maka ramailah anak gadis yang datang mencuba nasib untuk menjadi permaisuri negeri itu.
Setelah beberapa hari pertandingan dijalankan, setelah semua kemahiran telah diuji oleh juri-juri, maka tinggallah 3 orang sahaja termasuklah anak gadis tadi. Tidak lama kemudian anak raja itu keluar dan memandang semua anak-anak gadis dihadapannya dengan seribu makna. Kemudia dia berkata,'buktikan kepada saya sesuatu'.
Mendengar sahaja anak raja itu berkata begitu, maka seorang daripada peserta itu pergi melutut depan anak raja itu dan mula berkata yang manis-manis serta berjanji untuk setia sehidup semati dan juga akan menjaganya dengan baik.
Selesai sahaja gadis pertama berkata maka gadis kedua pula pergi mendapatkan anak raja itu dan mula memeluknya dengan erat dan berkata bahawa dia akan menyayangi anak raja itu dengan sepenuh hatinya dan serentak dengan itu juga pelukan dia semakin erat serta dia merayu agar anak raja itu menerimanya.
Habis sahaja gadis kedua itu berkata-kata, anak raja itu menunggu gadis yang ketiga itu untuk melakukan sesuatu kepadanya namun gadis itu sekadar memandangnya dan berdiri tegak disitu sahaja. Maka anak raja pun kehairanan dan bertanya,' kamu tidak ada apa-apa yang ingin dikatakan?'.
Gadis itu menjawab,' cinta tak perlu dirayu dan tak perlu dibuktikan, cinta saya juga bukanlah semurah pelukan yang kamu dapat tadi, saya tak mengharapkan kamu mencintai saya kerana saya memeluk kamu dan juga merayu untuk dicintai. Saya juga tak pandai untuk memasang janji-janji manis untuk memastikan kamu menjadi milik saya, tetapi cukuplah sekadar keperibadian saya sahaja sudah mampu memikat kamu. Saya....
Gadis itu kehilangan kata-kata apabila putera raja itu memilihnya untuk dijadikan suri hatinya. Hatinya sangat gembira dan bersyukur kerana telah dikurniakan suami yang baik dan juga kehidupan yang lebih baik...TAMAT
Moral:....mencintai bukan bermaksud memiliki, cinta tak perlu dirayu dan cinta tak perlu dicari...banyak lagi...huhu..apa pun mencari yang halal itu satu kefardhuan..:)
sekian...Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment