sama juga dengan cuti,
datang lagi,
memisahkan kita buat sementara waktu,
dengan meletakkan kita dikampung halaman masing-masing,
penuhilah waktu-waktu dirumah dengan sesuatu,
sesuatu yang bermanfaat pada kita dan juga orang lain,
hargailah waktu-waktu dirumah,
kerana orang belum tentu punya waktu seperti kita,
dan sekiranya kita tidak dihubungi oleh sahabat handai,
tidklah bermakna kita dilupakan,
mungkin juga mereka ada urusan mereka sendiri,
janganlah kita marah,
usahlah kita terasa dengan itu,
barangkali mereka punya alasan sendiri,
mungkin mereka pun ingat kita,
cuma keadaan hidup mereka menidakkan semua itu,
mereka hanyalah manusia,
hanya mampu berserah,
dan berusaha,
sekiranya takdir mahukan begitu,
hatinya redha,
maafkanlah mereka jika kita,
terasa jauh dengan mereka,
barangkali mereka tidak bermaksud begitu,
jauh disudut hatinya,
ingin sekali menghubungi rakan-rakannya,
tapi tiap kali dia meletakkan kepalanya,
mimpi selalu saja menghubunginya dahulu,
maaf kiranya kita terjauh seketika,
tiada kata-kata lain yang mampu untuk diucap,
hanyalah 'maaf',
ada umur panjang,
kita jumpa lagi...
salam sayang buat semua,
![]() |
| ......... |
sekian...Assalamualaikum

No comments:
Post a Comment