Pages

Thursday, 17 November 2011

kita boleh usaha...

Seekor umang-umang sedang berjalan-jalan di tepi pantai, dia masih kecil lagi dan masih lagi mencari-cari cengkerang yang boleh dijadikan sebagai 'kulit'nya. Sedang dia mencari 'kulit'nya itu, tiba dia ternampak sebiji cengkerang yang berkilat lagi cantik disinari oleh cahaya matahari. Dia berasa sangat gembira kerana menyangka dia akan mendapat cengkerang itu sebagai 'kulit'nya.

Tetapi dalam dia  berusaha untuk menghampiri cengkerang itu, tiba-tiba ada umang-umang lain yang lebih pantas darinya. Dan umang-umang yang lain itu berjaya mendapatkan cengkerang yang lawa lagi berkilat itu. Maka umang-umang yang kecil itu meneruskan lagi perjalanannya untuk mencari 'kulit'nya itu, sampai di satu tanjung, dia melihat ada lagi satu cengkerang yang berwarna-warni laksana pelangi warnanya.

Dengan penuh semangat bergegaslah si umang-umang kecil itu untuk mendapatkan 'kulit' yang berwarna-warnbi itu. Namun nasib masih lagi tidak menyebelahinya, kulit itu telah diambil oleh manusia yang mandi manda di tanjung itu. Perasaan hampa menyelubungi hati si umang-umang kecil itu, tapi perjalanan untuk mencari 'kulit' tetap diteruskan.

Akhirnya tiba disatu persimpangan, dia terlihat satu cengkerang yang telah diselaputi lumut yang terlindung desebalik pokok-pokok bakau. Lalu dengan penuh perasaan redha, dia memilih cengkerang itu sebagai kulitnya.

Hari demi hari terus berlalu dan kulit umang-umang kecil itu semakin hari semakin putih. Kesan lumut pun sudah hilang dan kulitnya menjadi semakin cantik. Putih berseri seperti ubat gigi. Satu hari dia terjumpa dengan umang-umang yang yang mula-mula sekali dia terjumpa ketika dia dalam perjalanan untuk mencari kulitnya. Umang-umang itu kelihatannya amat lemah sekali dan juga sepertinya tidak sihat.

Setelah diselidiki, rupanya-rupanya cengkerang yang dipakainya itu adalah kulit siput beracun dahulu. Dana kini dia sakit kerana racun siput itu. Dia berasa amat kasihan dan juga bersyukur kerana dia tidak dapat memiliki cengkerang siput yang beracun itu.

Kemudian dia berjalan lagi dan dia mendengar suara orang menangis. Rupanya-rupanya ada seorang budak yang terluka kakinya kerana terpijak kulit siput yang rapuh kulitnya dan serpihan kulit itu tertusuk kedalam kakinya. Habis berdarah kakinya, mujur ada ibunya disitu untuk membantunya.

Dalam perjalanan balik kerumahnya, umang-umang kecil itu sangat bersyukur kerana walaupun dia hanya mendapat kulit yang tidak cantik pada asalnya, tapi kulit itu kuat dan juga menjadi semakin cantik setiap hari.dia juga bersyukur kerana kulit itu benar-benar melindunginya dan juga tidak memudaratkannya.

rupa tak membawa makna apa-apa,tapi hati...

jika kita teliti kisah umang-umang dan kulitnya,
apa maknanya dalam kehidupan kita?
ada kene mengena ke?
jika dibaca dengan mata, biasa je,
sekadar cerita kanak-kanak,
bed time story perhaps,

Tapi jika dibaca dengan mata hati, kita akan mendapati bahawa kisah umang-umang ini sama macam usaha kita untuk mencari 'kulit' kita. Sama ada 'kulit' itu adalah sahabat handai kita atau 'kulit' itu adalah teman hidup kita.

Kita akan mencari,kita juga akan dipertemukan dengan 'kulit' itu. Dan dalam proses tu, Allah akan menentukan apa yang terbaik buat kita, ye, memang kita akan berusaha! sama macam umang-umang kecil tadi. Tapi akhirnya, dia sendiri dipertemukan dengan kulitnya walaupun kelihatan buruk pada awalnya.

Jika hendak mencari kawan, teman hidup, carilah yang betul-betul. Bukannya cantik diluar tapi racun didalam. Pengakhirnya kita sendiri yang merana. Kita boleh mencari, tapi selalulah berbalik semula kepada Allah. Sama juga jika kita mencari kawan-kawan kita, jika rupa paras yang menjadi ukuran? maaf, tiada sejarah mengatakan bahawa ianya resipi tebaik dalam sebuah persahabatan. Tapi jika hati yang baik, tiada seorang manusia dalam dunia ni mampu menidakkan apa yang kita katakan ni.


nak cari teman ketawa,
kita boleh dapat dalam sesaat je,
nak cari teman tika kita menangis,
sepuluh tahun pun belum tentu kita jumpa,
untuk mendapat kawan yang baik,
berusahalah untuk menjadi kawan yang terbaik dahulu,
what goes around, comes around,
Allah Maha Adil...




sekian...Assalamualaikum

2 comments:

Anonymous said...

hanya mereka yang melihat dengan mata hati mampu mengerti.

weirdo_stranger said...

andainya hati tu di'buta'kan?
andainya mata hati tu digunakan untuk 'melihat' sesuatu yang lain?
jawapan ada pada kita...:)