Pages

Tuesday, 15 November 2011

sebuah kisah...

Pada zaman dahulu kala, ketika bumi ini hanya dipisahkan oleh satu lautan saja, tinggal dua manusia yang duduk berseorangan di pulau masing-masing. Mereka langsung tidak menyangka bahawa ada wujudnya daratan di dunia diseberang lautan sana. Maka hidup mereka dari kecil lagi tidak pernah berjumpa dengan sesiapa pun, sehinggakan ibu bapa mereka pun mereka tidak kenal.

Satu hari, seorang manusia dari dunia sebelah lagi perasan akan sesuatu. Rupanya ada seorang lagi manusia yang hidup didunia sebelah sana. Maka dia berasa amat gembira dan mula merasakan bahawa dia akan mendapat seorang teman dari dunia sebelah sana.
siapakah yang berwarna oren?
siapa pula yang berwarna kuning?

Maka pada satu hari, manusia yang berwarna oren pun mendapat idea untuk berkenalan dengan manusia yang berwarna kuning dari dunia sebelah sana. Maka dia pun membina sebuah kapal untuk pergi kesebelah sana. tanpa dia sedari juga, manusia dari dunia sebelah sana juga membina sebuah kapal untuk berkenalan dengannya. Dan tanpa dia sedari juga, mereka kapal yang mereka bina, sama warna, sama semua kerana mereka mempunyai tujuan yang sama iaitu...FRIENDSHIP...mungkin sebab itu kapal mereka sama.


Manusia yang berwarna kuning amat ramah dan sentiasa saja tersenyum kerana membayangkan bahawa dia akan medapat teman setelah sekian lama menyendiri. Manusia dari dunia sebelah sana juga amat gembira tapi wajahnya hanya bersahaja saja.


the most durable ship is FRIENDSHIP


Saban hari mereka menaiki kapal mereka untuk bertemu satu sama lain. Dan jarak yang memisahkan mereka juga dirasakan semakin mengecil, semakin dekat. Dalam laut itu rupanya terdapat seekor jerung yang amat ganas, namun itu hanyalah cabaran sahaja bagi mereka, demi untuk bertemu dengan manusia dari dunia sebelah sana.


Hari terus berlalu dan mereka tetap terus menaiki kapal itu untuk sampai keseberang sana. Namun jerung yang ganas terus menerus mengganggu mereka. Sungguh cergas jerung itu, tanpa mengenal erti penat dan jemu.


persahabatan tidak akan menjadi jika 'kapal'nya hanya satu

Nyata Tuhan itu Maha Kuasa, akhirnya dipertemukan juga mereka setelah bertahun-tahun mereka menaiki kapal itu. Sekarang mereka adalah kawan baik dan mereka juga bebas untuk berjumpa bila-bila masa saja kerana kapal yang digunakan untuk mencari itu dulu, telah dijadikan jambatan hasil usaha mereka berdua. Manusia  berwarna oren sangat gembira dan manusia berwarna kuning juga sudah mampu untuk tersenyum lagi. Segala pengorbanan dan juga cabaran yang mereka harungi tidak mampu memecahkan 'kapal' dan mematahkan semangat mereka untuk menghasilkan 'jambatan' itu...



apa yang kita dapat dari cerita ini?
inilah analogi untuk dua insan itu bertemu,
berkenalan,berkawan dan juga berkawan baik,
jika lebih dari itu?
pilihan ditangan kita,


cuba bayangkan kita,
dan jua seorang lagi.
tak pernah kenal,tak pernah jumpa,
bagaikan ada lautan yang besar memisahkan kita,
tapi sekali kita menyedari akan lautan itu,
kita akan cuba renanginya,
dan juga menempuh segala cabaran,
cabaran datang dalam banyak rupa dan cara,
walaupun kita hanya ingin berkawan dengannya,


hari demi hari,
kita merasakan bahawa laut itu semakin mengecil,
dan jarak kita dengannya semakin dekat,
akhirnya kita mampu membina jambatan yang kita inginkan itu,
kita berjaya berkawan dengannya,


ada diantara kita,
daripada jambatan kayu yang mula-mula dibina,
menjadi jambatan konkrit,
mereka adalah kawan baih dan juga sahabat sejati,


tapi ada juga antara kita,
mengubah suai jambatan itu menjadi jambatan kaca,
sangat indah dan rapuh,
memerlukan sokongan dari keduanya,
indah dipandang tapi mampu melukakan,
indah dimata tapi...
jika ianya patah dan pecah,
serpihannya menusuk mata,
termasuk dalam diri kita dan akhirnya memudaratkan kita,
kerana mereka adalah lebih dari kawan...


tapi jika ianya jambatan konkrit yang dibina,
sekiranya patah,
sudah tentu ianya akan mampu dibina kembali,
dan serpihan dari jambatan yang telah runtuh akan mengukuhkan lagi,
struktur jambatan yang baru dibina itu,
itulah persahabatan,
semakin hari,
semakin kuat,
runtuh sekali,
tak bermakna tiada lagi,



banyak makna yang tak terucap dengan hidup kita,
dengan merasai, akan lebih memahami,
<tensenyer stadi!!>huhu






sekian...Assalamualaikum

1 comment:

Asma' Ku Ramli said...

ske ngn analogi yg dtulis 2..
4 me there is nothing precious than friendship..
^__^