Pages

Saturday, 12 November 2011

sebelasbulansebelastahunduaribusebelas

tik tok tik tok..
jarum masa tak pernah mengenal erti lelah memutarkan dirinya,
membuatkan sebuah jam sentiasa menyapu mukanya,
saban hari, saban waktu,
tanpa sebarang reaksi pada wajahnya,


tapi kita,
insan,
hidup dengan pelbagai ekspresi,
ada yang perlu ditunjuk,
ada yang perlu disimpan,
ada yang dilakonkan,
ada yang terlakon dengan sendirinya,


menyayangi tak bermakna memiliki,
suka juga tak bermaksud kita menyayanginya,
itulah hati manusia,
lebih kompleks dari apa-apa yang pernah kita fikirkan,


dan kita juga,
akan mempunyai momen tersendiri,
saat-saat yang kita sendiri perlu menciptanya atau ianya tercipta sendiri,
sebelasbulansebelasduaribusebelas,
kita menjadikannya baik dan lebih baik dari hari-hari biasa,


dua tahun setengah,
sejak dari 9 julai dua ribu sembilan hingga ke tarikh yang semalam,
dua tahun setengah menunggu masa,
dua tahun setengah berjudi dengan nasib,
dua tahun mencari kekuatan itu,
mungkinkah tarikh yang menjadi penyebabnya?
nyata bukan, mungkin masanya sudah tiba,
atau mungkinkah kekuatan yang dicari sudah dijumpai,
jawapan ada pada diri sendiri,


buat pertama kalinya,
setelah genap 5 semester disini,
kita makan sama-sama,
buat pertama kalinya setelah sekian lama,
kita jalan sama-sama,
buat pertama kalinya,
kita buat kerja gila seketika,
tapi apa yang penting,
jaga diri,


janji sudah ditunai,
kata telah dikota,


tapi sebenarnya,
setiap hari adalah istimewa,
walauapapun hari itu,
walau berapa pun tarikh hari itu,
kerana mempunyai sahabat sepertimu,
nyata mampu meng'istimewa'kan hari-hari ku,
kerana mempunyai sahabat yang baik,
sudah mampu membuatkan aku tersenyum,


terima kasih atas setiap pemberian,
dan segala kepercayaan yang pernah kau bagi,
aku akan sentiasa menghargainya,
sangat menghargainya,
dan sentiasa menghargainya,
untuk itu,
disertakan lagu nie,
untuk dirimu wahai sahabat,
wahai teman,
-bruno mars-count on me-
-ungu-percaya padaku-



banyak kata yang tak terungkap,
banyak benda yang tak tercerita,
hanya yang memahami akan mengerti,








sekian...Assalamalaikum

No comments: