Pages

Wednesday, 2 November 2011

warkah buat sahabatku...

ku lihat dikau,
sejak akhir-akhir ni,
lain,
bukan seperti yang ku kenal dulu,
sering kehilangan kata-kata,
apakah yang mengganggu fikiranmu wahai sahabat?




ku lihata dikau,
sangat berbeza,
jika kita mesej,
acap kali ku ditinggalkan begitu saja,
dan membuatku terfikir,
adakah aku tersilap cakap?
mungkin network...
mengapa jadi begitu wahai sahabat?




ku lihat dikau,
kelihatannya seperti hiba,
dan aku dapat membayangkan mukamu yang sugul,
tiada lagi senyuman,
sangat sedih,
sangat terasa,
kerana diriku tak mampu untuk membantu mu,
siapa yang membuatmu jadi begini wahai sahabat?




ku lihat dikau,
bukan lagi seceria dulu,
ada masalah family?
atau masalah dengan someone?
ataupun dengan orang sekeliling?
bersabarlah wahai sahabat,
ada jalan keluar bagi setiap perkara,




ku lihat dikau,
kiranya ada rasa gundah dihati,
kira ada rasa tak senang,
kiranya ada rasa pilu,
kiranya ada rasa rindu,
kiranya ada rasa sedih,
maafkanlah orang yang ada kaitan dengan tu,
dia tak bermaksud pun nak buat begitu,
dan lupakanlah kesalahan orang pada kita,
maafkanlah diri kita juga,
usahlah rasa bersalah dengan diri sendiri,
adakah dikau memaafkan aku wahai sahabat?




aku  tak mampu untuk membuat dikau bahagia,
aku cume mampu membuatmu tertawa,
aku tak mampu membuatmu tersenyum simpul,
tapi aku cuma mampu membuatmu tersenyum girang,
aku tak mampu menyapu air mata yang jatuh dari matamu,
tapi aku mampu menahannya dari mengalir lagi,
kerana aku seorang yang aku anggap dirimu adalah sahabat,
ada batasnya,
tapi ada caranya,


sahabatku,
maafkan aku,
atas kekurangan yang membuatmu terfikir aku sama dengan yang lain,
janganlah dikau salahkan aku,
sekiranya aku tak memahami dirimu yang mungkin sedang bersedih,
kerana aku memang benar-benar tak tahu,
bukan bermaksud aku tak ambil berat,
maafkan aku atas ketidakpedulian yang pernah aku buat,
kadang-kadang aku kerja,
bukan sengaja mencari alasan untuk menjauhi dirimu wahai sahabat,
maafkan aku,
dari apa yang aku fikir,
sehingga apa yang aku buat,
sekali lagi..
maafkan aku,
pagi ni,
aku menyusun sepuluh jari,
maafkan aku,



yang benar,
Sahabatmu...










sekian...Assalamualaikum

No comments: