Pages

Thursday, 3 November 2011

hasil 'berjalan' di alam maya selama beberapa jam...

kita menulis,
kita nak luahkan apa yang kita rasa,
tu cara kita,


kita menulis,
kita nak memberi peringatan pada orang,
tu tugas kita,


kita menulis,
kita nak jadi 'seseorang' pada seseorang,
tu hasrat kita,


kita menulis,
kita nak tunjuk kat sume orang,
nak jadi 'glamour' di alam maya,
tu gaya kita,


kita menulis,
kita nak marah seseorang,
tapi x sampai hati,
tu teknik kita dalam hubungan,


kita menulis,
nak menunjukkan betapa kita terseksa,
kerana seseorang,
dan mengharapkan ada yang menyokong,
tu apa yang ada dalam hati kita,


kita menulis,
dengan menggunakan kata ganti nama,
yang 'manje2',
supaya kelihatan 'cute',
tu cara kita nak tarik perhatian,


kita menulis,
kerana kita mengharapkan ada orang,
yang akan terpikat dengan blog kita,
bukan dengan kita,
tu adalah diri kita,


kita menulis,
kerana kita suka menulis,
kerana kita nak meluahkan perasaan,
dengan cara yang lain,
selain dari berbicara dengan orang yang kita percaya,



kita menulis,
biarlah dengan gaya yang menunjukkan diri kita,
bukan menjadi 'orang lain',
usah 'mencipta' diri kita yang 'baru',
di alam maya,
ianya laksana menipu diri sendiri dan juga orang lain,
kerana ianya indah khabar dari rupa,



kita menulis,
biarlah ianya dari hati kita,
bukan hati yang baru dicipta oleh kita sendiri,
bukan dari hati yang penuh kepura-puraan,
bukan dari hati yang tak pernah nampak,
apa yang sepatutnya hati itu mampu nampak,


berjalanlah di bumi Allah dengan melihat kejadian alam yang cantik,
'berjalan' di alam maya ciptaan manusia,
dengan mendapat intipati,
mendapat pengajaran dan juga teladan,
ambillah segala yang baik,
jauhi apa yang buruk dan tidak bermanfaat,
'berjalan'lah baik-baik,
baca dan fahami setiap perkara yang dilihat,
kenali apa yang tersirat,
andainya tak mampu difahami,
cukuplah sekadar yang tersurat sahaja,


tidur lewat malam ni,
duduk berfikir sebentar,
<tatkala jam 2 setengah pagi>
sangat tenang,sunyi,
bunyian alam menemani,






sekian...Assalamualaikum

2 comments:

Anonymous said...

Menulis bukan kerana nama.

Menulis dengan hati, hati jua tempat kembali.

-tea

weirdo_stranger said...

-tea?
:D