Pages

Friday, 4 November 2011

hari raya haji...

teringat kembali akan kisah lalu,
tiap kali menjelmanya hari raya haji,
hari raya aidiladha,
mesti ada satu tempat yang wajib dikunjungi,


satu tempat yang hanya seorang sahaja penghuninya,
satu tempat yang hanya seorang sahaja yang mendiaminya,
sejak beberapa tahun yang lalu,



ingin rasanya untuk kembali ke waktu itu,
melawat dan juga bertanya khabar,
membersihkan tempat itu,
gelak ketawa,


tapi kenangan tak akan menjadi suatu kenangan jika sesuatu yang sepatutnya menjadi kenangan  itu sentiasa ada dan wujud didepan mata kita,
kenangan juga tidak akan menjadi manis jika tiada 'perisa'nya dan kenangan juga tidak akan menjadi pahit jika tiada elemen yang menjadikannya pahit,


Aidiladha kali ini,
kunjungan tetap akan dilakukan,
seperti biasa waktu yang sama,
tetamu yang sama,orang yang sama,
cuma kali ni,

tempatnya berbeza,

lebih sunyi dan tenang,
hanyalah rumah-rumah putih yang semakin usang,
hanyalah pohon-pohon yang merimbun,
memayungi penduduk disitu,
dan aku juga akan melawat salah seorang yang kini telah menjadi penghni disana,


abah,
along akan tetap setia mengunjungi abah kat sana,
walaupun kita tak akan makan sama-sama lagi,
walaupun along tak akan dengar suara abah lagi,
walaupun kita cuma sekadar berbual kosong saja,
along tetap akan datang nanti,
along datang,,,


yang benar,
anakmu..






sekian..Assalamualaikum

No comments: