Pages

Tuesday, 1 November 2011

berakhirnya satu penantian...

berakhirnya satu penantian,
tertunai sudah hajat dihati,
terlaksana sudah apa yang diusahakan,
tercapai juga impian dihati,

Alhamdulillah,
hanya itu yang terucap tatkala berjaya melepasi segala ujian,
rasa syukur dipanjatkan kepada Ilahi,
kerana dengan berkat dan juga rahmatnya juga,
apa yang dihadapi dirasakan mudah,
walaupun sebenarnya perkara itu bukanlah mudah,

bagaikan terkaku,
terpana seketika perasaan,
nyata penantian satu penyeksaan,
sangat menyakitkan dan juga menjemukan,
hari-hari yang berlalu,
saat-saat yang terus berdetik,
masih setia membawa kita ke waktu itu,
dengan kelajuan yang sama,
setiap masa membawa dengan sabar,

tapi,
manusia juga yang sering kehilangan sabar itu,
tapi 'jasad' yang membawa kita,
masih lagi setia,
kenapa tidak kita mencontohi 'jasad' itu,

tapi penantian tetap menyakitkan,
walaupun kita tahu akhirnya manis,
sedangkan kita sendiri mampu merencanakan semua itu,
tapi ketentuan Ilahi,
mengatasi segala-galanya,
kita memang dah merancang,
tapi apa daya kita sebagai seorang insan,

dan,
apa yang dinanti,
hari ni,
aku dapat,
apa yang aku selalu impikan,
hari ini aku dapat,
apa yang aku usahakan,
hari ini aku dapat,
<aku dah lulus lesen keta>
hooray...huhu,,

terima kasih kepada yang men'support',
kepada yang menyokong,
kepada yang ada time tu,
kat kawan-kawan,
makcik!!!
muncet!!!
kepada yang sentiasa 'dekat',
kat mak..mekasih support bayar duet repeat,,huk3..
sayang kat sume...




sekian...Assalamualaikum

No comments: