Pages

Sunday, 5 May 2013

dalam hidup nie...

dalam hidup nie...kita sering rasa macam nak buat baik je kan? nak mudahkan keje semua orang. nak tengok semua orang happy...semua orang tersenyum atas sebab apa yang dah kita usahakan..

tapi...


adakah setiap benda tu kita akan berjaya buat? adakah kita akan berjaya lakukan segala apa yang kita impikan tu? adakah kita akan dapat pengalaman tu? bercakap pasal pengalaman..ada pujangga cakap...

"pengalaman itu tak boleh dipelajari, tapi mesti dilalui."

betul atau x? hon tanda setuju...haha..okay..cukup dengan pilihan  raya..

mana ade pengalaman tu dapat kita belajar..tapi pengalaman tu sendiri akan mengajar kita. dan macam mana kita nak belajar dari pengalaman tu? hadapi dan lalui sendiri..pengalaman orang lain..tak sama dengan kita. dia punya cerita, belum tentu sama dengan kita. ada yang lahir disambut dengan karpet turki, ada yang lahir hanya beralaskan tikar mengkuang.

bagi yang dari lahir dapat hidup dalam kesenangan hidup..bersyukurlah. dan siapa yang lahirnya hidup susah..pun bersyukurlah. kalau hidup senang, bersyukur kerana tak perlu nak bersusah payah nak menyambung hidup hari demi hari. dan bagi yang susah. bersyukurlah kerana anda telah dididik untuk menjadi seorang yang kuat dan tabah untuk survive di atas muka bumi Allah ini. bersyukur atas setiap kejadian dan apa jua yang Allah bagi kat kita.


jangan disesali sekarang, kerana sudah agak terlambat, cuba untuk hidup dengan apa yang dah kita ada. apa yang baik kita teruskan apa yang kurang baik. dijadikan sebagai sempadan. jangan banding-bandingkan apa yang kita ada dengan orang lain. takut lain jadinya nanti...








banyak berfikir sejak akhir-akhir ni....








sekian...Assalamualaikum

No comments: