"game is not just about the graphic
it is about the story line
and the character you love"
ada orang kata hidup nie macam game dalam komputer tu, ada misi ada nyawa dan juga ada macam dalam dunia nyata ni, cuma kalau dalam game..tak rasa sakit, dan boleh ulang banyak-banyak kali tanpa ada had.
tapi dalam dunia nyatanya? agak-agak kalau ada misi yang kita tak dapat buat..dapat ke kita ulang "chapter" tu sekali lagi? kita mungkin akan dapat sempurnakan misi tu. tapi untuk ulang chapter tu..cam tak mungkin je. mana ada konsep masa semakin bertambah...masa yang kita ada kat dunia nie makin hari makin kurang kot..huhu
sebab tu tutor aku ada sebut.."cepat, cekap, cermat" semua tu berkaitan dengan masa dan juga peluang yang kita ada. sebab tu semua kerja kalau dapat kita buat cepat, cekap dan cermat. kan rasa macam best je kalau boleh buat macam tu. tapi apa boleh buat..masing-masing ada alasan. ada yang nak pakai baju pun kat sejam..ada orang la..kenapa mesti macam tu? nak salahkan asal kejadian ke? tak boleh macam tu..mana lagi baik...antara orang yang boleh buat sesuatu dengan cepat dan pantas walau siapa pun dia dengan orang yang asyik cari alasan dengan cara yang boleh dikatakan..."lama".."boring"..mende sama yang diulang-ulang.
hidup bukan sekadar harta dan juga rupa yang elok sahaja. tapi "jalan cerita" kita tu memainkan peranan penting juga. dan juga orang yang sekeliling kita yang kita sayangi...dan macam mana kita nak "isi" ruangan tu..Tuhan dah bagi kita akal dan peluang..rebut peluang..pandai-pandai pilih..
jangan sesekali bertangguh kerja yang kita boleh buat sekarang...sebab..kalau kita pandai bertangguh..orang lain lagi pandai tangguh..lagi terseksa rasanya...masa tu..menyesal pun mungkin dah tak guna..
pesanan untuk diri juga...thanks..
sekian...Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment