sape pernah tengok citer "she's out of my league"citer macam mana orang yang nerd boleh dapat awek hot. okay, melencong jap, ada post tulis, apa beza awek hot dengan awek cantik? awek hot tu, dye hot sebab dye bukak aurat, sebab tu dia hot dan neraka tu memang hot. dan awek yang cantik lak, adalah orang yang post tu, sebab dia dah ukur dah tudung dye besar mana, sebab syurga tu kan cantik..faham-faham sendiri la ye..malas nak terangkan panjang lebar..rugi andrenalin je.
Teruskan dengan topic kita hari ni. Ni adalah apa yang agak
semua orang laki rasa la. Nie citer sal laki lak. Nak berjuang untuk ape? Tak lain
tak bukan mestilah pasal nak buktikan cinta, buktikan bahawa “saya”lah orang
yang sesuai untuk awak. fenomena ni dari dalam filem sampaila hidup yang real nyata ni. sama ada orang yang wat filem tu adaptasi apa yang nyata ataupun sebaliknya. kalau dalam filem, sang lelaki ni berjuang separuh nyawa, sepenuh jiwa raga, sepenuh perasaan dan apa jua yang boleh penuh dan juga boleh separuh. ikut korang la.
katakanlah korang ada minat satu pompuan ni. agak lawa. kalau scale tu...8 kot..kalau 8 lawa tu, mesti hot, pastu masuk neraka. haha. tu orang lain punya pikir, tapi bukan aku, aku tulis je. ada yang terasa ke? boleh berhenti baca blog ni pasni. sambung semula cerita tadi. kita dah minat kat dia, tapi macam biasalah...kita ni tak nsem, harta takde, nek moto cabok je. cuma kita suka kat dia. yang dia ni pulak tgk gaya macam anak orang loaded je. tapi takpe..buat kawan.
sebulan kawan. dua bulan kawan. setahun kawan. masuk tahun kedua, macam biasalah. mesti masuk line punyer. tipu la lau tak try, kan3? mesti try, kecuali orang tu gay, okay dia tak peduli pun lau ade pompuan bogel depan dia. bila dah try, pompuan tu macam kata tunggu jap gitula. tiba-tiba keesokannya kita ngah lepak main snuker kat mall, TERnampak la si dia dengan lelaki mane ntah, yang penting laki tu memang nsem, gaya pun macam ade sebijik kereta tak abes bayar lagi, tapi ade duit, dan ade rupa cam anak orang berniaga je. "patotla dia kata tunggu dulu". kata kita dalam hati. sampai kat situ je, mula timbul persoalan dalam hati orang yang tak nsem dan tak kaya tadi.
mula-mula, adakah kita akan BERJUANG, BERMANDI DARAH semata-mata untuk dapatkan cinta dia( pompuan tu)? dalam erti kata lain merebut hati dia dan merampas hati tu dari jagaan laki nsem tadi tu? ada kemungkinan atau peratusan yang besar ke untuk kita menang?
ye..memang cinta tu tengok kat hati, tapi kalau kita ni orang kata macam tak cukup pakej, tiba-tiba lak datang pakej full spec nyer kan, hati mana yang tak tegoda bro! macam beli keta basic dengan keta yang full spec, siap sportrim lagi, mana satu korang pilih? tambah lam seribu je pun. korang pun tahu kan jawapan dia kan? aku bukan nak suruh orang laki bila jadi macam tu je terus down, tak...bukan macam tu. tapi pada masa yang sama kita kene tengok gak pompuan tu, kalau dia macam dah sampai masa untuk dia kawin, macam dah tahan lagi. lepaskan. mungkin itulah jodoh dia dan kita adalah satu persinggahan, kan dah macam lagu rahmat ekamatra pulak..
disamping itu < penggunaan penanda wacana yang bagus ye> kita kene "baca" parents dia macam mana lak. mana ada mak bapak nak tengok anak dia hidup susah, kalau boleh nak suh kawin dengan anak raja je, tup2 dwet belambak kaya raya. senang hati. kalau macam mak bapak dia tengok kita ni cam sebelah mata je. tolong cakap kat diri sendiri. tak pe pakcik, saya doakan anak pakcik bahagia walaupun dengan siapa dia bersama. jangan bagitahu dia tapi doakan je. takde masalah pun. sebab sebenarnya kalau mak ayah tak restu, tak ada maknanya sebuah perkahwinan tu.
sebab tu aku macam pelik bila macam ade orang tu, bila pompuan tu macam ada laki lain, dia nak fight! ye, takde masalah, pegilah pastu penat heboh nak tensen kat aku. pukul kang baru taw. haha. aku memang kejam sket. pada aku, awek je pun, kalau bini kau wat macam tu, haa..jangan wat pape dulu, rilek. pastikan betul pastu pegi jumpa bini kau. bukan jumpa laki tu, tanya dia, apa six pact saya ni tak cukup buat awak tertarik ke? haha, ke BMW ni macam dah tak laju? kalau dia boleh jawab dengan konfident, suruh dia buat pilihan. sebab kalau orang dah tak suka kita, wat pe nak terhegeh-hegeh. sori ayat kasar sket.
kesimpulannya...
rasa macam nak tulis lagi, tapi takpe. esok masih ada..
kesimpulannya, buat kali kedua, pada aku cinta tu kene datang dari kedua belah pihak, bukan yang sebelah ni dok terkejar-kejar yang satu lagi wat rilek je. tak. kalau dah nama pun saling menyukai dan mencintai antara satu sama lain, tak yah kejar tak yah lari, dia akan datang sendiri. dia akan jadi macam magnet. taw2 berjumpa je. usaha tu perlu bila dah kawin. sentiasa bla,bla, bla...wat itu wat ini. watla pape pun. janji bahagia. it needs both hands to clap. kalau ada orang boleh tepuk sebelah tangan, tu maknanya dia tu ada bela jin. sebelah lagi tangan jin yang dok tepuk dengan dia. aku? ada gak jin. aku suruh jin tu jampi kat lauk yang aku masak je..haha..takut kan? so jangan makan...kenal aku? korang akan berani makan. tak kenal? ade yang tambah lauk? jangan tengok pun lauk tu. okay. dah start melalut.
carilah orang yang suka kita dan kita pun suka kat dia, bukan orang yang terima kita suka kat dia, pastu dia cam go on je. nanti rasa macam $#^^*&*^....
sekian...Assalamualaikum


4 comments:
rasa mcm tunggul...!fuuh....
yang jadi tunggul tu..memang sangat terasa..
tapi yang me"nunggul"kan orang tu...
takde ape-ape pun..
adakalanya tanpa sedar kita buat..
:)
sometimes(always),its hard to fix with this situation.
aktifkan deria!
haha..sebab sangat aktif la terperasan mende ni...
Post a Comment