selamat hari raya...kepada semua orang-orang cina kat malaysia takpun kat mane-mane je la, selagi namanya cina..selamat hari raya cina... macam biasa, hujan. adalah salah satu waktu paling best nak update blog ni. ada orang kata blog tak seberapa la. ye..memang la tak seberapa, ada satu je pun..nak berapa lagi?
malam ni...nak keluar pun tak boleh.. hujan dari pagi sampai malam. naik keta? malas giler nak cari parking, kenapa la keta tak boleh parking cam parking motor ek? huhu.
mungkin sebab namanya pun dah kereta kot...
apa topik kita malam ni yek?
kita cakap...bukan cakap..aku nak tulis pasal...pasal..i got it..pasal move on...
move on...salah satu situasi biasa tapi nak lakukan tu. ada orang rasa macam luar biasa. apa tu move on? move on ialah satu perbuatan, satu perlakuan yang berlaku apabila percintaan tu tak sampai objektifnya. sama ada secara inplisit atau eksplisit. yang menilai tu adalah kita. apabila cinta tak kesampaian, kita akan cuba membawa hati yang duka lara, patah hati, hati bengkok la, segala-gala yang berkaitan dengan hati dah macam tak relevan lagi. lagi-lagi apabila si dia mengucapkan kata-kata tu dengan lancar dan konfiden lagi.
apa yang susah sangat nak move on ni?
okay, mungkin satu sebabnya...masa proses cinta tu berlangsung sama ada secara siaran langsung ataupun siaran tertunda, segalanya dicurahkan dengan penuh perasaan seperti mencurah air kedalam periuk besar nak wat rebus ayam pencen. boom( effect air jatuh dalam peiuk), mungkin periuk tu kosong lagi.sampai dalam hatinya jadi tandus dan kering. masa tengah bercinta memangla, pasangannya akan mencurahkan air embun betina bila pagi muncul dan embun jantan bila pas pukul 10 malam.
bila berpisah, siapakah yang mungkin dapat menggantikan pakwe/awek dia yang dulu dirasakan sangat memahaminya. siang malam dok berendam air mata. tak nak makan. pastu tekanan darah rendah, pengsan masuk hospital. ni la masalah orang sekarang ni. sakit bukan cara untuk memenangi semula hati yang jauh. doa kat Allah tu. mana taw tiba-tiba ada pengganti yang lagi okay ke..kan Dia yang memiliki hati-hati kat dunia ni. bukan tak makan tak minum, tak tidur. kata hubungan dengan Allah rapat, sepatutnya mende tu lagnsung tak akan jadi. okay, pegi gebang kat orang lain. aku dah tak caya.
ada juga antara orang-orang tu macam senang sangat nak move on, macam tukar pc kat cyber cafe kan? macam mana lak dia boleh buat macam tu? satu, mungkin dia tu adalah playboy atau yang seangkatan dengannya. kalau macam tu. memang semua orang tak hairan la kan. tapi macam mana pulak kalau aku kata ada yang spesies lain? okay, jom kita kenal dengan spesies ni...genus manakah beliau...
tenangkan fikiran. mental kene fit!! mental tak fit? jangan baca blog ni. sebab nanti akan ada sesi mengumpat yang bisa terjadi. aku pesan sebab tak nak korang ni buat dosa, pastu blame blog ni kan? haa..nie bukti nanti tunjuk kat akhirat, aku dah pesan. bukan aku tak pesan.
balik semula kat apa yang dikatakan tadi...salah ke kalau orang tu menganggap bahawa pertemuan dan perpisahan adalah lumrah dalam kehidupan? tapi kita kene ingat, jangan jadikan mende ni alasan lak untuk kita senang-senang je nak tinggalkan apa yang kita dah mula. cuma don't take it too hard la..kan dah tercampur bahasa. ibu bapa, hidup mati, bertemu dan berpisah, itu lumrah dalam hidup kita sebagai manusia. itu biasa..biasalah tu. nak wat camne. ada masa kita nak, orang tak nak, bila orang nak, kita pulak jadi memilih.
zaman sekarang, cara pemikiran pun dah jadi zaman sekarang punye gaya. adakala old skool tu lagi best. macam makan kat warung dengan makan dekat kedai yang grand2 gitu. ada bezanya, bagi yang mengerti.. yang tak mengerti? dudukla kat kedai mahal-mahal tu. aku tak heran pun lau diorang ley masak sedap. tu semua berkat penggunaan ajinomoto yang tanpa ada batasnya. nie macam masuk bab lain je..huhu
kembali semula kepada topik kita, kita kene..perlu move on ni, sampai bila kita dok tercongok je kan? jangan cakap hati tak terbuka la, tak bersedia la, mental traumatise la, itu masalah dalaman yang sebenarnya boleh selesai cuma yang tergedik-gedik je tak nak settle mende ni. orang nak kawan dengan kita, kalau kita tak kenal dia, takpe, biar dia nak kawan, tapi kita kene jaga-jaga. sentiasa berhati-hati denan taktik-taktik manusia ni. mungkin he/ she is not the one, but people after dia tu, maybe she/ he is... so..keep moving until you reach your destination. just hit the road.
ada jumpa siapa-siapa yang sesuai?
sekian...Assalamualaikum


No comments:
Post a Comment