elaun dah masuk!! elaun dah masuk!! semua orang tiba-tiba jadi heppi giler. yang tidur pun bangun tidur. terlupa yang dia nie ngantok giler tadi. yang selama nie topup pun kedekut-kedekut je, tiba-tiba je jadi pemurah gile $#@#. yang selama nie makan pun jimat-jimat, terus je jadi orang kaya sekejap, makan macam orang tak pernah jumpa nasik selama ni.
hebat tol kuasa duit kat makhlok bernama dan juga digelar manusia ni. yang dulu dok tahan je nak mintak duit, terus merasakan bahawa ni lah masa yang ditunggu-tunggu selama ni. duit yang masuk secara "bedebuk" ni, memang ada bawak kesan besar kat kita ni yang bergelar pelajar ni. kejap je.
aku tertanya-tanya, nak makan apa lagi kat sini? nasik lemak ayam? roti nan? nasik beriyani? prosperity kat MCD tu? kata boikot israel, tak nak bunuh orang palestin. nangis sana sini tgk video orang kene tembak, tapi makan gak. pegilah tipu orang lain. boring la dengan korang ni, nak cakap orang. janji tak boleh pakai, tapi kau?
petang tu je, semua manusia lesap, ilang entah kemana, tgk wayang, makan makanan yang lama tertangguh hajat selama ni sebab takde duit. beli nset baru, tukar nset lama, baju baru. tudung 12-13 layer, tudung ala wardina, tudung yuna la. shawl sana sini, padahal yang lama tu okay je lagi, bukan orang tahu pun yang tudung kau tu dah banyak kali pakai. tak tahulah ada yang malu pakai mende yang sama ulang-ulang ni. mungkin diorang ni sebenarnya anak raja yang cuba hidup sebagai manusia biasa ni. positif..
itulah rutin budak maktab bila elaun masuk, beli enset la, macam-macam la, simpan duit tu, heboh sangat nak kawin kan? simpan lah duit tu, belajar manage duit, cari harta. jangan dok berangan pasal kawin je..sweeeeeeetnyeeeew..pastu ade la aksi gedik-gedik sket. padahal nak basuh berak anak pun geli. nak ade laki? nak kawin? tak payah. buang air mata je nanti..
jadi diri kita, jangan terikut sangat dengan orang lain. diorang bukan orang biasa. itu semua ade emas segudang. kita ade ape?
selamat menghabiskan duit elaun. beli la hadiah sweet-sweet untuk bf ngan gf. nampak la pelaburan sket.
dah lewat ni....tido...tido..
sekian...Assalamualaikum
3 comments:
duit tu sihir yg dipuja2.huhu...
alahai,untunglah bf ngan gf tu dpt memacam.mak ayah jugak yg terkebil2 tunggu anak kat rumah.
sekarang ni..anak-anak cuma fikir bila dah keje baru nak balas jasa..
Tu salah!!!
balas jasa dari sekarang kot..
biasalah, ada rasa yang mematikan, ada juga rasa yang membutakan..
pandai-pandai kita pilih ye,,
2 2 rasa tu negatiflah bro.nak tmbh ni.
ada rasa yg memandu,ada rasa yg terarah,ada rasa yg bawa sedar,ada rasa yg....
pilih sebaiknya. :)
Post a Comment