Pages

Tuesday, 5 February 2013

kawankah itu?

percaya.. terus terang..dan.. apa lagi ek? macam dah lupa je asas-asas dalam persahabatan. oh ye, kurang buruk sangka. eh, ye ke! iyekan aje.. apa pun asasnya, mestila salah satu dari nilai-nilai murni yang kita belajar dulu kat sekolah kan? mesti semua orang tahu punyer, kalau tak, macam mana BM boleh dapat A kan?

straight to the point...

dalam hidup kita, siapa yang datang dulu, kawan atau kekasih? cinta hati atau kawan dikala sepi? semua orang tahu jawapannya. dan aku yakin, semua akan jawab dengan betul. brader kat tampoi pun boleh jawab taw soklan ni. inikan pulak kita bakal guru yang nak mencorakkan hidup anak-anak orang kan?

kawankah itu? tu kawan ke? kenapa aku tulis macam tu? kenapa aku tulis macam ni?

seorang kawan...yang betul-betul kawan..yang sebenar-benarnya kawan..kawan yang real dalam hidup kita. dia mesti percaya pada kita. percaya yang macam mana? percaya dalam erti kata lain, kalau letak pisau kat leher pun, kau akan yakin yang dia ni tak akan kelar leher kau hidup-hidup.sama ada dia sendiri nak kelar ataupun ada yang menghasut supaya leher mahluk tu dikelar.

mesti terus terang. tapi dengan satu syarat, orang yang kita terus terang tu..mampu jaga kita, rahsia kita. supaya dia juga mampu untuk jaga talian persahabatan kita dengan dia. jika ada sesuatu yang kurang kita berpuas hati dengan dia, terus terang, cakap baik-baik. kalau terasa hati, kalau bukan hari ni, satu hari nanti kita tetap kene cakap gak dengan dia kan? kenapa satu hari nanti kita akan cakap jugak dengan dia? sebab dia kawan kita! kita sayangkan dia . sebab tu. kalau kita tak sayang dia, tak pedulikan dia, kita cuma akan biarkan dia, watpe nak fikir penat-penat pasal dia, dia takde pun hidup kita macam biasa je. makan nasik jugak, takdela terus jadi cam orang jepun ke..makan sushi je  seumur hidup.

mesti kurang kan buruk sangka, sebab mende tu sangat bahaya. macam ada kawan aku cakap, kita ambil pendekatan berwaspada, mungkin ianya lebih baik! ada benarnya. time kasih ye.. berhati-hati sentiasa sebab kita semua manusia. buat silap, tapi jangan jadikan tu alasan. teruk tu..huhu


kita ambil satu contoh, ada satu hamba Allah datang kepada satu hamba Allah yang lain dan menceritakan sesuatu tentang kawannya. sesuatu yang pada hematnya sebagai kawan, dia sangat kenal kawan dia tu. dan tak lojik yang kawan dia akan berlaku macam seperti yang diceritakan padanya. tapi oleh sebab keadaannya sekarang dan juga cerita yang berpadanan dengan situasi. dia jadi percaya. dan dia mula termakan dengan pujuk rayu dari hamba Allah tadi agar menjauhkan diri dari kawannya tu. segala benda. jijik dimatanya melihatkan kawannya itu yang langsung tidak tahu apa-apa pun tentang cerita tadi.

kesian kat kawan dia tu kan? ^^

hari demi hari berlalu, dan kawannya yang masih lagi tidak mengerti dan memahami mengapa ada perubahan-perubahan drastil yang berlaku,namun dia hanya mengambil keputusan untuk berdiam diri. padanya, yang benar tetap benar, yang salah akan tetap salah. cuma masa sahaja yang akan menentukan.

pada aku, walaupun pahit macam mana pun cerita yang disebarkan. best mana pun cerita tu. tapi bila ianya melibatkan kawan kita, kita ada hak untuk tanya kawan kita tu. dan jika betul dia kawan kita, dia akan cerita, dan tak akan bohong. itu kalau betul la dia anggap kita ni kawan dia. tapi kalau kita ni hanyalah satu persinggahan. itu biasa. nak wat camne kan. nasib masing-masing. tapi walaupun dia menganggap kita hanya satu persinggahan, kita bagilah dia tempat paling best, walaupun untuk seketika. takde masalah pun. semoga disebabkan bestnya tempat yang kita bagi tu, akan jadi sumber untuk dia terus hidup dan meneruskan perjalanan yang masih jauh. dan akhir sekali bahagia didunia dan akhirat. Amiiin... tiup-tiup sket..^^

aku tak kisah, sebab kawan aku ade seribu. kalau sorang buang aku, aku ade lagi yang lain, kalau dua orang buang aku, aku akan cuba cari lagi, dan hanya mati je yang boleh hentikan aku. aku tak marah bila semua tu berlaku.. nak wat camne, kita terhegeh-hegeh pun. orang makin menyampah je. jadilah siapa pun kita, tak perlu terlalu dalam satu-satu perkara. nanti kalau tersembam, banyak calarnya.

time kasih sebab tunjukkan warna sebenar. penantian aku bukan sia-sia rupanya. Allah Maha Adil. kalau Dia nak tunjuk, Dia tunjuk. nak hantar jin jembalang kat aku? aku takde ilmu nak halang, cuma ada doa je, dan aku tahu, Tuhan kita sama. mari kita sama-sama berdoa ye. semoga semuanya dipermudahkan.


Allahuyubariku Alaikum...



doa aku bersama korang...jarang aku lupa pasal korang..aku tahu, aku tahu..dan aku tahu..^^








sekian...Assalamualaikum

2 comments:

Anonymous said...

cuba cakap, "kelarlah2...."

agak2 pe jadi? :D


yang benar adanya sinar ~

weirdo_stranger said...

haha..

baik jangan..diam je..

kalau kita cabar dia semula, kire usaha dia berjaya la..^^