"aku ada tugasan tuk kau".."kau pergi bukak laptop sekarang n conteng apa je yang kau nak..sekarang.."mungkin kau rasa itu something yang biasa2 je..mungkin kau rasa,setakat contengan biasa..tp bagi aku macam satu penghargaan yang membuatkan aku rasa 'gigil' mcm duk dalam iceberg..(oke,yg ni aku tipu)..aku nak jawab esei mase spm pun aku tak rasa susah cmtu... =.="
thanx utk penghargaan tu..buat aku rasa cukup special sebagai seorang sahabat..
kalau nak ditulis memang banyak..terlalu banyak yang kau dah buat untuk aku..aku tahu aku mungkin takkan pernah jumpa lagi sahabat seperti kau..tapi aku tersalah langkah(maybe)..teringt lak lirik lagu, "ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang..aaaaaa.."tak sangka, begitu pantas masa berlalu..mungkin kau lupa, yang kau pernah cakap kat aku.."aku harap kita akan jadi sahabat macam ni sampai 5 tahun lagi.." kenapa? sebab lepas lima tahun, masing2 mesti ade hidup sendiri..*kecik2 da pk sal kawen kan..gatai naaa!haha..tp itulah sebuah janji...saat aku bersedih,kau akan pastikan kesedihan aku tak berpanjangan..saat aku perlukan seorang teman, kau akan sentiasa di sisi.. saat aku 'jatuh',kau akan hulurkan tangan.. saat aku terluka,kau akan "menyeka air mata"..saat aku gembira,kau lah orang yang paling bahagia..segalanya tentang kau,takkan pernah aku lupa..

argh..kenangan!
tak siapa tahu..hanya kau n aku..jahatnya aku..kejamnya aku!
hmmmmm.....
![]() |
| perlukah hanya ada 1 pilihan??? |
hmmmmm..susah tuk aku bagi kau n dia faham situasi ni..maafkan aku sebab aku xpenah kisah apa yang kau rasa waktu tu..aku tak penah terfikir pun yang aku akan lukakan hati sahabat aku sendiri..arghhh..my bad.. :(
aku tak tahu camne nak bagi kau clear sal ni..tapi demi persahabatan kita, aku mintak kau buat semua tu bukan sebab aku n dia..bukan sebab takut kehilangan..cuma aku mintak camtu sebab aku tak nak disebabkan aku, orang lain yang kena..aku tak nak disebabkan aku, kau yang tak ok dengan dia..mungkin kau lupa yang kau pernah cakap yang kau nak jaga hati dia sebab dia kawan kau..kau taknak ade perang dingin lagi..mmg sentap, sebab kau pilih nak jaga hati dia berbanding persahabatan ni.. jadi,aku ni sape yg peduli??ok,mmg sgt childish semua ni..*aku yang tak matang kot.
hmmm...aku diberi peluang ke?
hmmm...aku diberi peluang ke?
tolonglah faham..tolonglah dengar tuk kali ni..bukan sebab aku sedang 'dilamun cinta' atau 'tengah mengecapi bahagia'..bukan sebab tu..aku tak pernah buang kau tuk pilih dia..tapi,keadaan yang memaksa aku..takde yang faham n takde yang akan faham termasuk kau..
banyak yang aku nak cerita, banyak yang aku nak kongsikan..tapi aku hanya boleh pendam dan pendam je..kau ingat aku mintak semua ni??aku tak pernah bayangkan semua ni akan berlaku..apa2 pun,aku tak salahkan kau..semua yang terjadi sebab aku yang berubah kan?my bad..:(
cuma satu yang perlu kau tahu, aku xpernah sisihkan kau..aku xpernah lupakan segala kenangan kita..aku tak pernah buang kau dari kamus hidup aku..aku tak pernah lupa yang kau adalah sahabat aku..n aku sentiasa sayang kau, sahabat..yang paling penting,aku rasa nak tumbuk kau sekarang!geram tol aku kat kau!nape sekarang baru aku tahu semua ni??sedih yang amat :(
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…
Dalam kita bersendirian,
kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,
begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..
kopipasta ~ setiap persoalan pasti ada jawapan..walau seringkali kita terkeliru...
![]() |
| maaf..aku bukan sahabat yg baik :( |
writing with heart~
so..jangan jadi sahabat macam aku..Hargailah sahabat selagi dia ada kamu dan kamu ada dia..
Jujurlah dalam persahabatan kerana persahabatan itu sesuatu yang sangat indah untuk dikenang suatu hari nanti.Sahabat selamanya.^_^
sekian... Assalamualaikum





3 comments:
tulislah..bila-bila masa pun yang kau suka..
kau nak tumbuk aku?? huhu..aku tak pernah halang..^^
nanti aku bagi kau tumbuk aku ea..:)
huhu..macam da kuat sangat je nak bg aku tumbuk kau kan..xpe,nanti aku tunggu gak hari tu..da update balik azam tuk tahun ni..siap kau.. :P
huhu..i did learnt from the best..
(*.*)
Post a Comment