Pages

Wednesday, 16 January 2013

orang lama...lambat panasnya..

kepada yang menulis...dan diberi hak untuk menulis...aku tak marah..aku sentiasa menunggu tulisan-tulisan dari kau. kepada yang membaca, kefahaman adalah atas risiko sendiri, aku tak paksa, aku tak ajak, kepada yang dijemput, sila-sila lah datang singgah selalu.

sebelum aku teruskan dengan tajuk diatas...ye..memang ada banyak benda yang tak dicerita antara kita. dan aku tak suka bercerita dalam talian, atas talian, dalam henpon a.k.a henset. bukan apa, tak tercapai maksud tu.tak sama bila kita cakap tanpa pandang mata orang tu. jadi..sebelum apa yang dalam makin dalam, apa yang pedih akan terhiris..aku cuma berharap yang aku boleh keluar jalan-jalan dengan sahabat aku ni. tapi dengan satu syarat, aku nak keluar jalan-jalan, borak-borak dengan kawan aku, bukan awek orang. aku harap kau faham. supaya semua mende akan clear pastu semua orang puas hati. dan sudah tentu bukan dalam kawasan ni. tu je...

kita balik semula pada tajuk kita yang kat atas tu.

orang lama. maksudnya orang dulu-dulu la. orang dulu, lambat marahnya, tapi cepat hilang marahnya. ada sorang kawan aku cakap mende ni kat aku. takpe zul..aku faham kau. lambat panas. masa tu kitorang tengah borak pasal ape entah. tapi apa yang dia cakap tu betul, sebab bila dah panas, kejap je pastu. sejuk semula. dan bukan semua orang pernah tengok aku panas.

mungkin aku suka macam marah-marah, tapi marah aku tu bukan marah betul pun, main-main je. dan aku. bila aku tak suka seseorang. bukan aku kalau yang jenis nak bahan-bahan gitu. kalau aku tak suka, nak pandang pun aku tak boleh. tapi selagi aku ambil tahu pasal dia, tahu je kemana pun dia pergi walaupun dia tak pernah tahu yang aku tahu. jauh kat sudut hati aku, aku masih lagi ambil berat pasal dia. kecuali sampai satu masa yang tertentu.

aku tahu ada masa aku mungkin terlepas cakap, sebab tu ada masa aku lagi memilih untuk senyum terkulat-kulat je. tapi bila orang yang terlepas cakap kat aku, rasa macam tak aci lak. bila ada orang tanya pasal dia, aku boleh-boleh tak nak jawab, dalih sana dalih sini. tapi bila ada orang tanya dia pasal aku. pom, pom, pom  direct hit je bagi kat aku, siaran langsung lak tu.

aku tak nak bazirkan sesuatu yang pada aku tak berbaloi pun untuk aku bazirkan untuknya.


sahabat aku...
marah macam mana pun aku,
terasa macam mana pun aku,
walau ada masa aku tersalah faham,
selagi aku tak ucapkan perkataan tu,
janji, kata-kata, apa saja yang berlaku antara kita,
aku tak lupa..


aku tunggu jawapan kau...

masa tak tunggu kita,
umur kita puun makin habis tiap hari.








sekian...Assalamualaikum

No comments: