" boleh aku call kau kejap". antara salah satu mesej yang aku terima pada satu malam. bila ianya berlaku? bukan ada yang peduli pun kan? cuma aku dan yang menghantar mesej tu je yang tahu.
aku minta maaf kalau aku tak bagi kau call aku. sebab..rasa dah lain la. rasa macam bukan macam dulu lagi taw. kau masih lagi kawan aku, sahabat aku, kawan baik aku. cuma kau yang dulu, bukan kau yang sekarang. nak mesej aku? boleh!! boleh je. sebab aku ni masih lagi single and mingle2..=).
dulu memang ye, ada pape je, anytime anywhere. just let me know. insyaAllah aku akan ada untuk kau. tapi itu kau yang dulu. yang kalau masuk buku sejarah, page depan-depan sekali. dan muka surat yang aku tengah tulis sekarang ni, adalah kau yang sekarang ni. kalau dulu kau cuma pandai pakai tudung bawal, sekarang kau dah pandai pakai tudung makcik-makcik yang segera tu. yang kononya tutup, tapi sebenarnya masih lagi "membelanja" dan "menjamu" orang lain. tolonglah, kalau kau masih lagi yang dulu, siyes aku akan marah kau, cuma..i don't have the authority anymore.
aku kadang-kadang macam...okay aku faham kalau dia jeles, tapi!! ada tapi ye kat sini. kalau yang aku mesej tu bini dia, isteri dia, fine, nak datang pukul aku pun aku tak kisah. memang salah aku. sekarang ni, korang cuma...ye la..sume orang faham kan. adat memang la tak okay, tapi aku cuma rasa nak mesej dengan kawan aku. tu je. bukan aku mintak lebih pun. dan siyes memang aku terasa bila kau sendiri mintak aku delete apa-apa je yang ada kaitan antara aku dan kau sebab takut dia JELES!! aku cuma terfikir, ini ke balasan atas apa saje kejahatan yang aku buat selama ni? mungkin ye. tapi, takpelah, aku faham apa yang kau rasa. takut dia marah? kehilangan kerana mesej dengan aku dan aku akan jadi penyebabnya. sebab aku rasa dan aku yakin aku ni kawan kau, aku ikut. mungkin masa tu kau baru mula nak mengecapi bahagia. takpe kawan, aku faham.
dan saat ni...andainya ada mesej dari kau, aku rasa macam nak simpan je, sebab aku rasa ni macam kali terakhir je kau akan mesej aku, tapi apa yang dah terjadi, buat aku lebih hati-hati. bukan aku takut. aku cuam tak nak kawan aku ditimpa masalah sebab aku. tak dapat lagi kalau time boring-boring, belek-belek mesej yang ada dalam inbox, senyum sorang-sorang, a little bit crazy right? tapi takpela, itu aku, aku tak kacau orang pun, tapi itu dulu la..
memang betul, kenangan ada yang indah ada yang pahit. ada yang bila kita kenang kita senyum ada juga bila kita kenang, kita sendiri menundukkan diri. banyak yang aku belajar kat sini. laki dan pompuan tak mungkin jadi kawan baik, itu orang kata, tapi aku tak kata pun. cuma satu mende aku nak bagitaw, aku suka kawan aku, dan aku tak boleh nak berkawan dengan orang yang aku tak suka. senang.
okay!! sekali lagi, bukan aku tak bagi dan aku tak kisah pun. siyes aku tak kisah, cuma kalau kita ngah borak tiba-tiba si dia bangun? tengok lak aku yang ngah ber#$^&*@ dengan dia punya @#$$^..
mudarat harus dielakkan bukan?
maaf kalau aku merapu malam-malam buta ni...eh..pagi pagi buta ni..pastu kat kelas ngantok...
aku mintak maaf kalau aku jauh, aku tak mintak tapi...okay..aku tak nak salahkan sape2..yang buruk tu datang dari diri saya dan kelemahan saya.
selamat pagi semua...
sekian...Assalamualaikum
4 comments:
thanx sbb tegur xpcially sal tudung "free show"..selama ni aku x perasan,bila kau cakap direct baru aku faham kenapa dia pnh cakap kt aku dia paling xsuka aku pakai tudung tu..tp aku pkai gak sebab senang..again,thanx sahabat.. :)
aku sedih,baru hari ni aku tahu semua ni.. n aku lagi sedih sebab kau salah faham.. its ok, my bad.. :(
haha... sekadar melontarkan..
^^
ayat xley nak kejam lg ke?aku xnak pon blanje kau..wekk..haha
mana aku taw kau tak nak belanja aku..
bukan kau je..okay..^^
Post a Comment