layang layang bertali benang..putusnya benang putusnya benang, ku ganti tali..
kasih yang jauh jangan dikenang..kalau dikenang..kalau dikenang meracun hati..
kalau gugur gugurlah nangka..jangan ditimpa..jangan ditimpa sibatang pauh..
kalau nak tidur tidurlahkan mata..jangan diingat jangan diingat kasih yang jauh.
Pantun. Cara orang lama untuk berbicara dengan penuh tatasusilanya. Walaupun bermaksud kasar ada ketikanya, tapi dek kerana bahasanya yang begitu halus. Orang yang ditujukan bercakap itu takdela terasa sangat kan..
Okay..
Cuba kita jadikan pantun atas tu bahasa standard sekarang ni. "tak yah la nak ingat orang kat sana tu, watpe, rugi je. Bukan dapat pape pun". Untuk mereka-mereka yang berhati lembut dan juga selembut sentuhan ibu( macam iklan soflan lak). Silap cakap sikit je, kompem calar balar dan berparut marut hati mereka..bila hujan asyik turun je, mood pun dah lain. Dari tak makan, jadi ke asyik makan je. Mula timbul idea-idea nak masak mende pelik-pelik. Makan mende-mende panas time-time ujan sangatla mengujakan hati dan perasaan. Jom wat jemput pisang!!
Habis bab pantun dengan jemput pisang tu. Sambil makan jemput tulis blog pun best gak kan? Macam mana cuaca ditempat anda? Hujan lebat? Banjir? Kalau duduk area-area Bandar, rasanya hujan cam xde effect je. Kecuali Bandar tu banjir kilat selalu. Kalau duduk kat kampong, hujan lebat 2 hari je… pergh, lecak ngan lopak jangan kira la. Depan rumah ni dah macam laut dah rasa. Tapi jangan risau, hujan berenti lam setengah jam je.."laut" tu hilang. Cuba bayangkan dok kat Bandar..apa beza hujan dengan tak hujan? Jalan tar basah? Jalan tar kering..itu je. Lopak air sket2..
Lagi satu, kalau dulu la. Masa kecik-kecik, asal hujan je. Mesti nak main hujan, pastu terjun lam parit. Fuh, tak tahu camne nak gambarkan perasaan mandi air parit tu. Walaupun warna dia cam coklat-coklat sket. Campur pulak dengan perisa-perisa dari alam sekeliling. Terus terang, kat Bandar xde mende ni. Nak mandi parit kat Bandar boleh, Cuma lepas mandi parit tu, kita boleh suruh orang mandikan mayat kita lak. Bahaya parit kat Bandar tu..sangat bahaya dan langsung tak berperikemanusiaan.
Cukup cite sal parit kat Bandar ngan kampong…see you nest time..!!
Sekian…Assalamualaikum
3 comments:
maniisnya bahasa....pantun tu... :D
tabik spriing kt org dulu sbb pantunnya makan dalam...tp sopan.tu yg best.
banjiro...banjiro....moga dijauhkan...
kene belajar berpantun dah ni..kang tersangkut..tak lepas masuk lak..haha
majulah pantun utk difahami...hehe....
Post a Comment