Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
Read more: 95 Fakta Mengenai Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu! ~ Akal Emosi
Wah3..betol ke ni? Orang yang tulis nie waras lagi ke tak? Cam ada something wrong je ngan statement ni?? Bukan ke kebiasaannya adalah sebaliknya??
Haha..banyak betul persoalan yang ngan terbang buat pusingan 8 kat kepala aku ni? Sambil bom-bom digugurkan tanpa henti sambil menerbangkan debu-debu persoalan yang aku tak pasti adakah disana wujud jawapannya.
Bila jadi cam ayat kat atas tu, terasa macam dalam filem lak kan?
"kerana aku cintakan kau, aku lepaskan kau untuk orang lain, asalkan kau bahagia. Dan aku disini memang forever alone. " wah3.. dalam filem memang la lojik, tapi kalau dalam dunia nyata ni, agak-agak apa jadi kat pakwe baru pompuan tu ek? Mungkin lebam mata sebelah kiri atau kanan? Takpun kene jampi serapah dengan bomoh siam ke? Haha..jadi pengajarannya, nak tackle awek orang tu boleh. Tapi kene siapkan diri zahir dan batin la. Nak bergaduh boleh, nak lawan pakai jin-jin pun boleh…haha
Selain dari itu,(penanda wacana yang selalu kita guna nak jawab exam..:P).. dalam fikiran wanita/perempuan/ awek yang mintak clash tadi tu, mesti cam terfikir kan? Dia (lelaki) nie memang dah takde hati lagi kat aku ni. Tu senang-senang je lepaskan aku. Pada pendapat aku, kenapa tak tanye kat lelaki tu. "apsal awak cam senang je nak lepaskan saya?" kalau dia cam gagap-gagap tu. Maksudnya memang dia dah takde hati lagi la. Tapi lau dia senyap je, pastu wat kuar air mata cam dak-dak pompuan tengok hero korea mati kene tikam ngan orang jahat… fahamilah bahawa… anda kene tunggu dia habiskan kata-kata dia dulu. Mana la aku taw jawapannya, lelaki tu bukan aku..><
Hidup sangat complicated. Kecuali bila kita hidup dengan seseorang yang bila kita bersama dengannya. Terasa macam takde apa yang tak boleh diselesaikan. Dan kehadiran dia tu, walaupun tak selalu menyenangkan, tapi kebanyakkannya kita memerlukan dia. Dan perlu kita ingat bahawa jangan terlalu bergantung pada dia. Sebab dia pun tak tahu ajal maut dia bila, dan sekiranya Allah menjemput dia lebih awal. Takdelah kita nie terkontang kanting sangat.
Dan silalah perasan-perasankan diri anda jika kelihatan sperti suami anda itu macam ngah "menyiapkan" anda. Dia ajar anda macam-macam. Buat itu, buat ini. Settle itu. Settle ini. Dan jika sesuatu berlaku kat dia, anda mampu untuk meneruskan hidup sendirian. Takpun mungkin pengganti dia akan berasa senang dengan anda. Dan mungkin waktu tu. Dia ngah perhati je dari "atas". Dalam alam roh dia berbisik, "tak sia-sia usaha aku selama ni"
Kalau bumi bergerak satu inci pun saintis boleh perasan. Tak kanlah suami kita kat depan mata hari-hari pun kita tak boleh cam dia punya perubahan kan? Aik? Cam tekeluar tajuk je..huhu..takpe2..
Gudnite sume…
Sekian…Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment