Pages

Tuesday, 18 December 2012

hari selasa!!

قال الإمام الشافعي :
شكوت إلى وكيع سوء حفظي وأرشدني إلى ترك المعاصي
وقال إن العلم نور ونور الله لا يهدى لعاصي


wah..bahasa arabkah itu?

hari ini ana nak cakap bahasa arablah..haha..walaupun xde rezeki lagi nak jalan-jalan kat tanah arab..tapi ni sebagai persediaan..kalau esok rezeki aku pegi kesana..aku pergi..

okay tuan-tuan hadirin dan hadirat sekalian..ayat diatas diucapkan oleh..imam syafie. kita punya pengasas mazhab yang kita ikut sekarang ni. ada yang tak faham? copy je ayat tu, pastu letak kat translator..pop!!, keluar je maksud dia dalam apa jua bahasa yang kita nak.

maksud ayat kat atas..kata imam syafie, aku berjumpa dengan Waki' (nama guru beliau) dan mengadu tentang hafazannya yang teruk, dan guruku mengarahkanku untuk meninggalkan maksiat, dan katanya lagi, sesungguhnya ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan menunjukkan jalan kepada orang yang berbuat maksiat.


kenapa imam syafie dan gurunya cakap cam ni?? ada ceritanya...

sewaktu imam syafie dalam perjalanan nak pegi menuntut ilmu lau tak silap, lalu berjalanlah seorang perempuan kat depan dia. tiba-tiba lak angin bertiup maka terselaklah kain perempuan arab tu tadi. bila dah terselak kain mestilah nampak aurat kan. pastu lak imam syafie ternampak maka hilanglah hafalannya yang sebahagian itu, pastu dia pegi la mengadu kat tuan gurunya, maka jadilah macam yang kat atas tadi tu.

syarahnya..ceehh macam kat dalam kitab lama lak..haha

perasan tak..masa kita kecik-kecik dulu..bila kita belajar..macam senang je nak masuk. ajar itu faham, ajar ni faham ajar semua-semua pun faham. tapi kenapa sekarang ni, macam faham tapi rasa kosong je pastu..macam rasa tak belajar apa-apa. same thing happens to me..

analoginya senang je, kita belajar. dan itu bermaksud kita nak letak ilmu tu, kita nak simpan ilmu tu dalam hati dan juga akal fikiran kita. macam mana ilmu yang bersifat bersih dan suci tu nak masuk kedalam hati dan fikiran kita yang tak berapa nak bersih ni? sama juga bila kita nak masukkan nasi dengan lauk ayam masak paprik dan tupperware. kita mesti pastikan yang tupperware tu bersih? kan?

semua orang tahu jawapannya. mana lojik orang nak makan dalam bekas kotor..mana ade orang nak duduk dalam rumah yang kotor. dulu mungkin kita masih kecik lagi, tak terfikir pun mende pelik-pelik ni, mende-mende luar biasa ni, sebab tu senang je ilmu tu nak masuk. sebab "bekas" tu masih lagi bersih. sekarang ni? mungkin mereka-mereka yang berpurdah dan bertudung litup tu tak menghadapi masalah ni..tapi macam mana pulak dengan golongan yang memakai seluar jeans macam aku ni?? ke aku kene mula naik motor pakai jubah putih dengan serban pasni? oh ye..pakai capal..baru complete set..


nie adalah kuliah malam jumaat yang aku pegi dekat dengan surau rumah aku minggu lepas...time kasih ustaz, ustaz ceramah memang best, pure endau nyer bahasa..huhu..nasi beriyani yang saya masak okay je kan?haha

tempahan boleh dibuat..tak mahal..harga boleh runding..


cuti ni aku dok rumah je la..takde nak jalan-jalan, berjual sana, jual sini..jom habiskan masa dengan family..rasanya umur aku macam makin hari makin pendek..so..make it worth every second...








sekian...Assalamualaikum

No comments: