Di suatu senja dimusim yang lalu,
Ketika itu hujan rintik,
Terpukau aku menatap wajahmu,
Diremang cahaya sinar pelangi…
Broery marantika, lagu dia memang best. Terdengar pula petang-petang dari siaran radio saat hujan turun. Kebetulankah? Ataupun yang mengirimkan lagu ini juga mengalami situasi yang sama? Mungkin dia berasal dari johor juga agaknya.
Waktu siang dirasakan pendek apabila berada dalam monsoon hujan ni. Tahu-tahu je dah petang. Leka memerhatikan rintik hujan yang turun menghempaskan diri atas tanah yang sedia basah. Lebat atau tidak menjadi persoalan nombor 2, kerana yang penting hujan turun. Barulah orang tanya, lebat ke? Cuti tak dirasakan cuti kerana hanya menghabiskan masa mengumpul air hujan didalam tong biru dihadapan rumah.
Pada aku, aku sangat minat cuaca macam gini,angin sejuk-sejuk, pakai kain pelikat tengok orang lalu lalang tepi jalan. Rasa macam dah tua je umur ni.
Salam maghrib…yuk solat…
Sekian…Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment