Apa yang dah jadi Jumaat lepas?
Owh..ada pameran Hari JAPIM kat sini..tahun lepas pun ada, tahun ni pun ada lagi..Cuma..tahun ni lain macam sket..lagi meriah..lagi best suasana sebab dalam aircond!!huhu..
Berbalik pada tajuk atas..bukan hari JAPIM tu yang nak diceritanya..tapi apa yang aku TERbaca dekat booth akak jual buku islamik kat situ..terima kasih kak..bagi baca free..huhu..kalau ikut nak tulis dari semalam lagi..tapi sabar..ada hikmahnya terlupa tu..
Ok..apa yang aku dah baca ni? Ni macam untuk orang dewasa je..haha..aku baru je sedar yang aku ni dah dewasa..umur pun balance dah tinggal tak banyak..hari-hari guna je..mana tak habis umur tu..
Ada satu buku..dalam banyak-banyak buku yang ada kat situ..ada satu buku tu..macam ada magnet je. Zap…terus je TERbuka dan aku pun selak-selak..dan baca..
Bila kamu tidak memilik apa yang kamu sukai, kamu haruslah menyukai apa yang kamu miliki
Sebab,
Apa yang kamu anggap kurang pada sesuatu yang kamu miliki, boleh bererti lebih bagi orang lain yang menginginkan sesuatu seperti milikmu,
Sudah menjadi hokum alam,
Bahwa manusia tidak pernah merasa puas atas apa yang dimilikinya,
Mereka selalu ingin memiliki lebih baik dari apa yang sudah mereka miliki,
Janganlah selalu mendongak ke atas dan melihat hal-hal indah,
Sesekali,
Lihatlah ke bawah dan kamu akan melihat hal-hal yang jauh lebih baik menurut pandanganmu,
Pada saat itu,
Kamu akan sedar bahawa apa yang kamu miliki saat ini merupakan sesuatu yang sangat berharga,
Yang mungkin dulunya juga pernah kamu impikan,
Bersyukurlah,
Kerana kamu masih memiliki sesuatu yang lebih daripada orang lain yang masih mendambakan sesuatu seperti milikmu.
(Kahlil Gibran)
Ok..kali ni biar aku pulak yang ulas pasal mende ni..analogi dye sama je dengan apa yang kita lalui hari-hari..bagi yang pernah dan sekarang ni masih lagi dalam suasana---hari-hari ada orang mesej..greet pepagi buta,nak tido pun greet.—mereka sangat faham..mungkin!!huhu
Katakanlah kita ada kereta Toyota Vios 1500 cc..beli dah agak lama. 2 tahun gitu. Pastu kita merungut, kalau kat highway tu, asyik kene potong dengan Toyota Camry je..adoi..pastu kita rasa cam nak tukar Toyota Camry lak..itu apa yang kita rasa. Agak-agak kalau orang yang bawak perodua kancil la..takpun proton saga lama ke..diorang tengok Toyota Vios..fuyo!!best giler dapat bawak vios..macam itulah kita..hargai apa yang kita ada, tapi itulah manusia..
Dah ada duit seringgit, nak dua ringgit. Tak pernah rasa cukup..dan aku tak perlu untuk tengok orang lain..sebab aku menulis..atas pengalaman sendiri..kalaulah masa tu boleh undur..tengok tu..KALAU lagi..mana boleh..adoyai..tensen lak aku..kalau memang best…tapi tak pernah pun best..
Apa yang penting?? KERJASAMA..ok nie bukan citer wonderpet..apa yang penting adalah sekarang ni. Macam mana kita teruskan hidup kita sekarang ni, hasil dari apa yang dah kita buat dulu dan apa yang kita buat adalah persediaan untuk kita pada masa akan datang..am I right? Kalau dulu kita adalah askar, tak hairanlah kalau sekarang ni kita ada parut sana sini, da nada kemungkinan kita pada masa akan datang akan jadi jurulatih kat kem PLKN..itu semua lojik pe..
Ada masa kita kene tengok atas..ada masa kita kene pandang bawah..jangan terlalu mendongak ke atas..kang dah tergeliat leher tu..baru taw..haha..just joking..
Ada orang pandai begi orang lain tips bercinta..tapi dia takde awek pun..silap-silap tak kawin pun lagi, tapi ada orang bercinta stok bertahun-tahun nyer..kalau tanam sawit dah boleh potong buah da..tapi bila diajukan soalan pasal mende ni…diorang pun tak tahu macam mana diorang boleh kapel lame-lame ni..its weird..but its true..
Ok..penat la merepek pagi-pagi buta ni..bahaya..kang ada yang "teman'…dah la sorang-sorang ni..anyway..gud nite..
Sekian…Assalamualaikum
8 comments:
this brother is growing up! =D
post ni nampak matang okay. *thumbsup*
suka dgn quotation ni:
Bersyukurlah,
Kerana kamu masih memiliki sesuatu yang lebih daripada orang lain yang masih mendambakan sesuatu seperti milikmu.
hey, Khalil Gibran mmg best. kata2nya, hikmah memanjang.
#kalo nak disimpul post kali ni,ada 1 word arab tu...ttg menda ni lah. mcm syukur tp bunyinya lebih arab. [lupa....la....]
:)
haha..ye ke..!?
kene usaha ingatkan balik perkataan tu..
kita kadang-kadang tak perasan yang orang lain cemburu dengan apa yang kita ada..:)
off topic jap//
aku tahu ni kau yang tulis..tapi kau tak buat apa yang sepatutnya kau buat..cari hutang ke??..
ingat! qanaah ler.
off topic.
bro,nak tambah mata ke?ke nak kanta?
kan ade...... =,="
#i rela cash drpd buat loan okay.
tu bukan..nampaknya ada orang still don't get it..
apa yang kau selalu buat..at the end of every our conversation..there is something..
tak perlu fikir..cuma "perasankan" benda tu..
hutang satu...jangan kumpul banyak2..
got it. phew ~
cuba lg... sekali....
hutang....
hutang...
hutang..
......
haha..ok..lagi satu kali cuba ea..next post..oryte...??
ha??? err.....
.....
...
..
.
dah2...xyah nak wat speechless..
aku tunggu..:P
Post a Comment