Pages

Tuesday, 2 October 2012

::Sebelum fire drill berlaku::

Apa yang nak jadi kalau fire drill jadi? Ikut suka kau la..(I hate that word)


 

Okay..bukan tu yang nak dicerita kat sini..tapi..malam tadi..lam kul 9 lebih gitu..macam biasa, kaum lelaki akan keluar, cari makan, cari ketenangan atas jalan raya, kitorang pun lepak la dekat kedai yang letaknya sebelah kubur. Memang sebelah kubur pun, borak pergi, borak mari akhirnya kitorang dapat satu kesimpulan. Pasal ape? Pasal orang-orang kat maktab ni, yang kita boleh kelaskan sebagai kawan kita.


 

Setelah di"bahasa" baku kan.."kawan kita adalah seseorang yang lebih banyak menunjukkan kesalahn kita berbanding dari memuji kita setiap masa"


 

Siapa tak suka kene puji..kembang abes segala mende kat badan ni kalau kene puji, tapi akhirnya kita ke parit juga. Dek kerana pujian yang melampau-lampau tanpa henti tu. Kita alpa dan kita hanyut.


 

Tapi jika kita sering diingatkan tentang apa yang kita dah buat. Sama ada salah atau betul, kita diberitahu ada kemungkinan kita akan terselamat dan walaupun kita sebagai manusia biasa, tak suka kene complain. Tapi apa yang kita tak suka tu yang sebenarnya baik untuk kita.

Dan…

Kawan yang sebenar kita akan dapat kenal apabila kita ditimpa musibah, malapetaka yang memerlukan pertolongan dari kawan kita, dia tak fikir panjang, terus je tolong..kalau cam dia senyap je..paham-paham je la ea..dia akan biarkan kita mati kering je kalau kita tinggal berdua dengan dia kat padang pasir..


 

Okay..cukup dengan tu..tadi aku ada terbaca satu kajian pasal orang dengan buah..dan..aku adalah..orang yang suka makan jenis buah…


 

Buah-buahan tropika: Contohnya seperti, pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas.


 

Kamu sukakan pengalaman-pengalaman yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima diri kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang sememangnya akrab dengan kamu. Teman-teman beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok.


 

Hakikatnya kamu ada pendirian yang tersendiri. kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.


fuyo!!! Macam mana dia taw nie??


 

Hahaha…bahaya ni..

Selamat malam..gudnite..


 


 


 


 


 

Sekian…Assalamualaikum


 

No comments: