Pages

Friday, 13 January 2012

kawan ialah seseorang yang kita tak akan senang...

senario zaman kini..

semua orang apabila mencecah usia belasan tahun akan mula mencari teman atau istilah rempitnya 'pakwe/makwe/awek' dan sewaktu dengannya.
tapi sedarkah kita semuanya tu bermula dengan seseorang yang kita anggap kawan?
mungkin ya?
mungkin tak?

tapi apa yang ingin diceritakan disini bukan lah sesuatu yang berkaitan dengan mende-mende tu, tapi ialah tentang seseorang yang rapat dengan kita dan kita boleh anggap dia sebagai seorang yang bernama kawan, sahabat dan yang sama waktu dengannya selagi tak melepasi garisan persahabatan tu.

kawan..
pernah ke kita tengok dua orang kawan yang bila melepak dan menghabiskan masa sama-sama dengan hanya duduk berdiam diri je?
pada pendapat dan juga pengalaman saya...mustahil...kalau dua orang tu duduk melepak sama-sama dan hanya mendiamkan diri je,
maknanya ada sedikit perasaan yang tersimpan dan tak diluahkan antara mereka,
sama ada takut bertepuk sebelah tangan atau perasan sorang..:)
mungkin ke kita akan kehabisan topik untuk berborak dengan kawan kita?
kalau nak dinisbahkan dengan air kopi time lepak kat kedai...3 gelas pun tak abes lagi ceritanya...
pelik kan?
kenapa mende tu kita cam tak nampak kalau orang tu "couple"
mungkin tak sweet kot lau borak-borak pastu gelak kuat-kuat..huhu


kawan...
dengan dialah kita akan jadi diri kita,
time dengan dia lah 'jin-jin' dalam badan kita akan keluar..
kita akan jadi tak betul,
perangai gila-gila kita akan mula menguasai diri kita,
kenapa?
sebab kita rasa bebas nak buat apa saja bila bersama dengan kawan kita,
tapi benda yang sama tak jadi bila kita dengan 'pakwe/awek' kita?
betul tak?
betul...kita akan simpan sikit 'jin' kita tu,
supaya kita akan dipandang sweet je, "as a loving couple" katakan.(orang katalah)..:)


kawan...
isteri kita tak akan sama dengan kawan kita,
suami kita pun tak akan sama dengan kawan kita,
tak tahulah kalau orang tu kawin dengan kwan dia ka?
so..sama lah jawabnya,
bayangkan kita dah kawin 20 tahun,
pastu tiba-tiba satu hari tu pulak kita terjumpa dengan kawan baik kita dulu...
agak-agak terkeluar tak perangai gila-gila kita time muda-muda dulu?
haha...hebatnya seseorang yang bernama sahabat dan juga kawan...

sampai satu tahap kita akan rasa marah kalau dia buat sesuatu yang tak berapa elok,
kita akan marah kalau dia tak contact kita,
kita akan terasa kalau dia cam tak pedulikan kita,
kita akan termenung kalau kita rasa sepertinya kita dah dilupakan,
tapi ni semua soal hati..tapi soalnya siapa?



sebab tulah kita dengan kawan kita,
yang kita percaya, yang kita rasa kita boleh amanahkan nyawa kita pada dia,
tak ada rahsia antara mereka..cume kalau dah secret tu.paham jela..bukan semua mende kan..
biarlah kita tak faham diri kita,janji kita ada kawan yang memahami kita,
sampaikan bakal suami kita pun terpaksan jumpa kawan kita untuk mengenali kita..
macm dalam cerita 'ombak rindu'..alamak termasuk citer nie lak..tapi takpe...
lau dalam citer tu..suami Iza kene janji ngan Mail supaya jaga Izah baik-baik sebab dia kawan Izah...walaupun satu masa dulu dia pernah menaruh hati kat Izah..tapi jodoh takde...huhu..



tapi itulah seorang kawan..dan...

kawna ialah seseorang yang kita tak akan senang kalau duduk berdiam diri sahaja dengannya tanpa berkata apa-apa...

tu lah tajuk post hari ini....

lam citer ombak rindu tu..Mail tu aku(Bront Palarae kot)..hahaha...


hargailah kawan kita,
hargailah sahabat kita,
hargailah orang sekeliling kita,
takpelah kalau diorang tak menghargai kita,
cukup sekadar kita menghargai diorang...




sekian...Assalamualaikum

No comments: