kita semua dilahirkan didunia ini dengan kehebatan yang tersendiri,
sama ada ianya kelihatan jelas ataupun kehebatan itu kita harus cari sendiri,
tapi kita akan selalunya melihat kehebatan orang lain berbanding diri sendiri,
dan yang sebaiknya adalah kita tidak berbangga-bangga dengan apa yang kita ada,
namun disini apa yang ingin dikatakan adalah tentang seorang insan yang sudah berkahwin dengan wanita yang langsung tidak mencintainya,
dia merupakan seorang yang kaya dan sangat berharta,
hanya berkulit hitam manis dan tidaklah digolongkan sebagai jejaka yang boleh dikatakan kacak,
cukup sekadar seadanya,
sejak dari hari perkahwinan mereka,
si suami menyedari akan hakikat sebenar niat isterinya,
namun dia menjalani hidup seperti biasa seakan-akan tidak menyedari akan hal itu,
tahun demi tahun berlalu dan pada suatu hari seorang rakan beliau bertandang kerumahnya,
setelah melihat tingkah laku isterinya yang acuh tak acuh melayan si suami lantas dia bertanya,"tidakkah kau sedar yang dia tidak mencintai engkau?"
lalu dengan tenang si suami menjawab,"cukuplah aku meneruskan hidup walaupun sekadar aku sahaja yang menyayangi dia". nyata si suami sangat baik dan memang mahu menjaga isterinya walau macam manapun perasaan isteri terhadapnya.
cuba kita fikirkan...
mampukah kita untuk meneruskan hidup dengan hanya bertepuk sebelah tangan?
sanggupkah kita untuk hanya mencurahkan kasih walaupun kita tahu bahawa ianya tidak akan berbalas?
tabahkah kita untuk mencintai orang yang hanya mencintai sesuatu yang ada pada kita dan bukannya diri kita?
sampai bila kita akan terus menerus menjaga dan menyayangi seseorang tanpa rasa jemu dan tak mengharapkan bahawa dia akan mengucapkan walaupun ucapan terima kasih?
pedih rasanya,sakit rasanya apabila bila terpaksa hidup seperti itu,
tapi hebatnya seseorang itu apabila dia mampu melakukan seperti itu,
mungkin seseorang yang dijaganya itu diambil dari suatu tempat dan dijaga agar dia tidak kembali ketempat seperti itu lagi,
sungguh mulia hatinya,
nyata dia manusia luar biasa,
tersangat luar biasa,
adakah kita sebagai manusia biasa mampu melakukannya?
mungkin ya?mungkin tidak?
kita punya jawapan masing-masing....
sekian...Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment