rasa risau,rasa ingin mengambil tahu,ingin ambil berat,
sume tu normal pada semua manusia yang tipikal dan juga manusia yang kelainan upaya,
dan perasaan tu akan lebih menebal lagi pada orang yang kita rapat,
lagi bertambah tebal lagi kepada orang yang kita sayang,
lagi tebal lagi pada ibu bapa kita,
dan juga tebal untuk diri sendiri.
kata seorang kwan kepada sahabatnya,"aku bkn pe,aku cume isau sal ko je"
itu biasa,
kepada seorang kekasih kepada kekasihnya juga begitu,
cume kata ganti nama diri je lain,
dan kita juge ambil berat sal orang sekeliling kita,
tanpa mereka,kita tak akan rasa "hidup"
kita boleh rasa ingin mengambil berat,
boleh,
boleh sangat,
cume kene pandai kawal cara tu,
takut nanti ada orang salah faham,
tentang kenapa kita ambil berat sal dia,
cara kita nak ambil berat pun kene kawal gak,
kenapa?
ada orang dah penah rasa akibatnya just care about people,
dan akhirnya orang tu salah faham,
padahal dia mmg macam tu,
sebab tu cara kita ambil berat pun kene ada gaya juga,
kita boleh demand untuk diambil berat,
tapi tu lagi la kene kawal,kena fikir gak,
andainya apa yang kita minta tu....
menyusahkan dia sikit-sikit tak mengapa,
tapi...
jangan sampai buat orang tu terpaksa memilih antara dua,
lagi melibatkan antara family dengan kita,
jika cam tu,hendaklah kita duduk,
berfikir sejenak,
patut ke tidak.
andainya hubungan setakat begitu sahaja,
janganlah nak ngade2 demand lebih,
bukan tak boleh,
tapi,
kena fikir baliklah,
sape je kita pada dia sampai nak diambil berat begitu sekali,
andainya tak boleh buat,belajarlah berdikari,
mmg ibu bapa kita tak pernah buat begitu,
sentiasa memanjakan kita,
tapi sampai bila?
andainya mereka tiada?
barulah rasa dunia tu gelap sedangkan matahari menyinar,
barulah rasa langit nak roboh sedangkan selama ini ianya berdiri megah tanpa memerlukan apa-apa sokongan,
andai nya apa yang kita minta tu ditunaikan,
janganlah pula meminta lebih,
kerana yang diminta itu juga manusia seperti kita,
ada hadnya,ada batasnya,kesianlah kat dia,
andainya dia tak dapat penuhi permintaanmu,
adakah kerana dia tak dapat tu,kau melayannya dengan dingin?
sepertinya dia melakukan sesuatu yang tak bisa lagi dimaafi,
belajarlah bertolak ansur,cuba fikirkan tentang kebaikan dia tatkala kau ingin membencinya,
tapi andainya kau tak mampu,maka maafkanlah dia,
kepada sesiapa...
kepada sesiapa pun,
diri ni minta maaf jika meminta lebih,
kususun sepuluh jari,
kupohon kemaafan,
andainyaku boleh melakkukannya sendirian,
nescaya aku tidak meminta,
kepada sesiapa juga,
andainya ku tak mampu menunaikan permintaanmu,
ku merayu,
janganlah aku dimusuhi,
jika tak mahu lagi melayaniku,bertegur sapa denganku lantaran kegagalan ku itu,
apalah dayaku,
kuterima jika ini yang layak buatku pada perkiraanmu,
bukan ku tidak terangkan,explain kepadamu,
sudah,
kuharap kau mengerti,tapi jika kau tidak menerimanya,
ku pasrah...
sekian...Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment