Acapkali kau nyatakan ungkapan maafkan daku
Acapkali kau siakan belas kasih sayang ku
Acapkali kau dendangkan nyanyian keinginan mu
Acapkali ku tertarik dengan irama mu itu
Cukuplah lakunan opera mu itu
Kau tak tahu siapa yang baik
Untuk kau jadikan teman mengharungi usia tua
Cukuplah kau perbodohkan fikiran ku
Sehingga akupun menyangka kaca adalah permata
Yang indah dan berharga
Acapkali kau bermain dengan kata-kata manja
Acapkali ku tertipu dan serahkan segalanya..........
acapkali juga ku mendengar lagu,
ditujukan kepadaku kah?
atau terkena atas batang hidung sendiri?
kerana cinta,kerana sayang,
ramai yang telah hanyut,ramai ternoda,
ramai yang hilang arah,keseronokan dinikmati bersama,
kesengsaraan dibiarkan keseorangan...
sampai satu tahap,
sampai satu ketika,
sampai satu detik dalam satu saat,
kita akan merasakan bahawa kawan kita,sahabat kita adalah lebih baik dari @#$%
kenapa perasaan kasih mudah hilang apabila berlaku apa-apa?
kenapa dengan kawan,sume tu tak berlaku?
kenapa benda-benda sal perasaan terlampau subjektif?abstrak?
kenapa tiada satu nilai,pemboleh ubah yang malar,tetap untuk dijadikan sebagai satu landasan bagi memudahkan kita untuk lebih mudah memahami tentang seketul darah dalam tubuh manusia yang dinamakan "hati"
sukarnya bila kita luahkan,tidak juga difahami,
atau kita mengharapkan akan difahami sendiri,
agak sukar untuk diletakkan harapan sebesar gunung di atas pulau yang kecil,
hanya mahukan seseorang yang memahami dan menerima diri seadanya,
bukan merajuk tak kene masa,tanpa alasan dan sebab yang kukuh,
yang sentiasa mahukan diri dimanja,
mahukan diri dihargai,
tapi adakah dia menghargai kita seperti mana dia mahu dihargai?
adakah dia sentiasa memujuk kita seperti mana dia mahu dipujuk?
what goes around,comes around,what you give you'll get back,
bumi ni bulat,mata kita pun bulat,
jadi,apa yang kita buat pada orang lain,satu hari nanti,kita akan rasa balik,
tak kira siapa pun akan buat pada kita,
Allah tu Maha Adil....
andai ini sebagai karma kepadaku,ku terima,
tak kan kuulangi lagi perkara-perkara seperti tu,
amat menyakitkan rupanya,
adakah perkara yang sama akan berlaku?
adakah "ia"nya akan berulang lagi?
sekiranya berulang lagi,
maka,
untuk kesekian kalinya,
semuanya kuserahkan kepada takdir,
tak mahu lagi mencari dan memberi harapan,
tak mahu lagi menerima harapan yang kita sendiri boleh fikir tentang akhirnya,
tak ingin lagi berkasih jika ingin berubah,
seorang hamba Allah pernah berkata,
"Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
Mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga."
percaya atau tidak?percayalah,
Allah hantar peringatan kepada kita dengan banyak cara,
bencana...kebiasaanya baru manusia sedar,
tapi,
Allah juga hantar kepada kita seseorang yang kita panggil kawan,
yang kita panggil classmate,yang kita panggil rumate ke,
Allah akan terus mengingatkan kita selagi kita sentiasa mengingatinya,
bila teringat kembali petikan tadi,
rasa...
tak berbaloi pun semua yang telah ku lakukan,
betulkah apa yang kurasakan ni Ya Allah?
hai hati,fikirlah wahai akal supaya terus memberi tunjuk panduan kepada hati yang sering gundah gulana...
bantulah daku Ya Allah,
kirimkan lah daku sahabat yang sentiasa menyenangkan dan juga mengingatkan ku kepadaMu,
juga teman yang baik,menjadi teman didunia dan juga akhirat nanti...
amiiin...
sekian...Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment