setiap manusia dilahirkan cukup lengkap dengan hati,
setiap orang didunia ni ada nafsu,
manusia, orang adalh dua kejadian Tuhan yang sama.
kenapa Allah jadikan kita dengan hati dan nafsu?
kenapa?
kenapa manusia tak dijadikan dengan hati saja tak ada nafsu?
apa rasanya kalau kita semua ada hati saja, tapi tak ada nafsu, mesti cam heartless kan?
haha....:)
jangan rasa pelik kalau kita ada nmpak orang cam tak ada perasaan je, cam sume mende yang berlaku...tak bawa kesan pape pun pada dia...
sebenarnya tidak...
orang cam ni, sebenarnya amat-amat terasa, amat-amat "tacink" cuma semua tu berjaya disembunyikan saja...
selami hati mereka, anda akan kenal siapa sebenarnya mereka itu.
bila dikatakan tentang manusia yang ada nafsu dan juga mempunyai hati...perkara yang selalu bermain difikiran hanyalah.."manusia tak pernah merasa cukup"
tapi, kalau betul-betul di"tune", dididik dengan baik,semua itu tidak akan terjadi..
manusia yang mampu menundukkan nafsunya, darjatnya lebih tinggi dari malaikat yang sentiasa taat kepada Allah, tetapi kepada mereka-mereka yang hidup berlandaskan nafsu, mereka lebih teruk daripada haiwan...
bercakaplah dengan berlandaskan akal dalm apa jua keadaan sekalipun. kerana mungkin apa yang kita akan ucapkan itu...akan buat orang lain terasa dengan kita.
belajarlah untuk mudah memaafkan orang lain dan juga tidak malu untuk meminta maaf, walaupun bukan kesalahan dari kita, mudah mudahan dengan tindakan kita meminta maaf tu..akan mengelakkan keadaan dari menjadi lebih keruh atas keegoan hati...:)
fikirlah wahai manusia, fikirlah untuk setiap benda..
janganlah rasa gundah dan resah dengan apa yang berlaku,
jangan mudah melatah jika sesuatu yang tak dijangka terjadi pada kita,
senyumlah selalu,hilangkanlah kedut dimuka kerana kedut dimuka itu akan menambahkan lagi "kedut" masalah itu sendiri..
fikirlah dan senyumlah selalu..:)
berusahalah untuk mencapai keredhaan Allah dan cubalah untuk puaskan hati semua orang walaupun hakikatnya kita tak mampu...tapi..usahalah..:)
jadilah manusia yang berupaya mengawal hati...mengawal perasaan dan juga nafsu...:)
semoga jumpa lagi..
sekian...:)
No comments:
Post a Comment