Pages

Friday, 20 May 2011

bila terpandang....

setiap malam bila saja terpandang langit,
hati jadi sayu...
bila terpandang laut tiap kali kepantai,
hati akan jadi sebak...
tiap kali terpandangkan anak-anak yang menyambut kepulangan ayah/abah/papa/daddy mereka,
hati tersentuh...
bila mendengar suara teriakan kanak-kanak,anak-anak memanggil "ayah",
kenapa hati merasakan sesuatu kekosongan yang x mungkin terisi lagi...
kosong benarkanh jiwa ni?
se"kosong" manakah jiwa ni,perasaan ni?

adakah sesiapa tahu kekosongan jiwa ni,ada sesiapa yang menyedari bahawa jiwa ni amat kosong sejak sekian lama?

terasa kosong apabila setiap kali menjelmanya hari lebaran,
tiada lagi sambutan hari lahir setiap kali tibanya waktu itu,
tiada lagi percutian bersama-sama walaupun hal itu tak pernah berlaku,
mengapa nasib semua orang tak sama,
mengapa setiap orang diuji dengan pelbagai ujian yang kadagkala diri sendiri rasa bagai tidak tertanggung lagi...kenapa?

siapa kita nak mempersoalkan kehendak Tuhan,
siapa kita nak bertanya tentang kerja Tuhan,
duduklah sejenak dan fikirlah,
fikirlah tentang hikmah yang ada dalm setiap kejadian yang telah berlaku kepada kita.

kini ku sedar, apa yang terjadi ada sebabnya, kenapa jiwa dan perasaan ni rasa bermacam-macam tiap kali berlaku nya "scene' diatas,

sebenarnya hati ni rindukan seseorang,
amat rindukan seseorang,
seseorang yang sepatutnya menjadi satu semangat untuk diri ini terus hidup,
seseorang yang menjadi tempat untuk bercerita,
bergelak ketawa,
dan juga sebagai kawan sekali sekala,
tapi adakah seseorang itu mampu,boleh lagi kembali untuk menjadu seperti yang diharapkan?



rindunya diri ni pada dia,hanya Tuhan yang tahu,
menyesalnya hati ni bila tak lagi mampu nak menjaga dia,hanya Tuhan yang tahu,
marahnya hati ni bila dia tak mahu mendengar nasihat tika hayatnya masih ada,hanya Tuhan yang tahu,
sebaknya hati,sedihnya hati,pilunya hati bila pada petang itu,pulang dari kerja,menuju kerumah hanya untuk mendengar khabar tentang ketiadaanya lagi...

Ya Allah,tabahkan hatiku,
kuatkanlah diriku untuk terus menjalani kehidupan ni,
berikanlah aku jalan keluar dan juga permudahkanlah bagiku untuk setiap urusan ku,
datangkanlah padaku hamba-hambamu yang akan membantuku untuk terus hidup di bumi ini,

abah,
along rindukan abah,
along rindukan saat kita bersama,
mungkin semua tu cuma tinggal kenangan saja,
tiada lagi gelak ketawa,suara,
semua tu hanya akan menjadi seperti perakan dalam benak fikiran ni,
hanya siaran ulangan yang tidak mampu dipaparkan lagi,
hanya siaran yang diri sendiri saja tahu durasi nya...

tapi apa yang berlaku ada hikmahnya,
Allah mahukan diriku menjadi lebih kuat,tabah,
abah,
along akan sentiasa sedekahkan bacaan ayat suci al-quran buat abah,
akalu amsa hidup along tak dapat berbakti pada abah,
pada saat-saat terakhir pun along tak sempat,
biarlah kali ni, izinkan anak ni berbakti, memberi bekalan buatmu di alam sana


sekian...assalamualaikum...:(

No comments: