Pages

Monday, 30 May 2011

duit dan kegembiraan...

orang keje untuk cari duit,
orang mencuri pun,nak cari duit gak,
orang minta sedekah pun,semata-mata mahukan duit,
semua benda dilakukan atas nama duit...


money bring happines,
money is the key of happines,
jalil hamid pun ada nyanyi lagu sal duit,
penting sangat ke duit ni?


yup,mmg duit penting,
sangat penting sampai ada orang sanggup putus saudara hanya kerana duit,
dalam rumah tangga,bila tak ada duit,rumah tangga kecau bilau,
huru hara,porak peranda.

pelik kan,
hidup manusia ni,amat besar pengaruhnya dari satu benda,
ap ye?
benda itu,
ciri-cirinya...
1.dibuat dari kertas,
2.kertas yang berkualiti,
3.ada gambar agung yang pertama,
4.ada nombor yang tertentu,
5.ada warna yang tertentu
6.bila banyak,susah nak bawa


apa benda tu ye?
haa..duit,duit,duit,duit...
betul ke duit bawa kebahagiaan...


kalau betul la,
dalam satu hubungan apa-apa je la,
kepercayaan dan sikap kasih tu salah satu benda yang penting,
mampu ke duit beli semua tu?
andai nya duit mampu,bagaimanakah kualitinya?
adakah ianya yang asli,atau ianya hanyalah sesuatu yang dibuat2?
dan apabila benda yang dikehendaki tiada,maka hilanglah kepercayaan dan juga sikap kasih tu..kesian kepada mereka yang mengalaminya...


kepada mereka yang berkawan dan juga mempunyai kawan yang bersama mereka atas dasar itu,
maka,
jauhilah mereka,mereka laksana "snakehead fish"
yang makan spesies sendiri apabila mereka dan tak suka,
samalah macam "kawan" ni,mereka akan "makan" kita ketika kita berwang,berduit,
tapi bila dah tggl tulang je,tiada siapa yang sudi menyempurnakan kita,



fikirlah wahai teman,wahai sahabat,
andainya kau memilih seseorang menjadi temanmu,menjadi sahabatmu,
kerana duit,
percayalah,
andai satu hari dia kehilangan segalanya,
pasti kau akan membencinya,
andai sebelum ni dia menjadi antara "hot list" untuk dihubungi,
mungkin selepas ni,tiada lagi nama tu dalam fon mu,
melihat wajahnya pun akan rasa meluat dan menyampah,
kenapa?
apa salah dia?
dia pun tak menyangka semua ni terjadi,
kesian kepada dia kerana mendapat kawan sepertimu,
kasihan juga kepada dirimu kerana masih lagi tak mengerti erti sebuah persahabatan...


pilihlah seseorang kerana hati,budi dan perangainya,
nescaya akan bahagia kalian sebagai sahabat dan juga teman,
andai dia tak mempunyai kewangan sepertimu,salah dia ke?
adakah dia mahu hidup seperti tu?
andai dia tak kaya,hidup tak mewah,cubalah pandang dari sudut lain,
sesungguhnya ada kekuatan yang ada disebalik tubuh kecilnya itu,
kekuatan yang tak mungkin ada pada orang lain,
kekuatan yang tak mugkin ada pada orang yang setaraf dengan mu,
malah mungkin kamu juga tidak mempunyai kekuatan itu,


pedulikan lah tentang  kewangan seseorang itu sekiranya kamuu ingin jadikan nya sahabat,jadikannya teman,
harta boleh dicari,tapi hati yang bersih sukar dicari,
janganlah kerana rupanya juga,
biarlah muka licin dan putih cam miss world sekalipun,
tapi hatinya sehitan tayar motor yamaha 125zr apa gunanya?
carilah sahabat yang mampu memberi kita satu kekuatan tika kita memerlukanya,
carilah teman yang betul2 akan menemani kita pada setiap masa dan juga disaat kita memerlukannya,


kini,
diriku telah temui,
apa makna nya semua ini,
apa ertinya sahabat,apa ertinya sebuah perhubungan,
biar apa pun gelaran yang kita panggil dia,
apa pun pangkat dia pada kita,
tapi itu semua luaran sahaja,
yang penting,hati kita,
ada dia,
dan kita akan sentiasa ingat akan dia,dalam susah dan juga ketika senang yang mungkin datang hanya seketika,


kepada sahabat dan juga temanku,
terima kasih kerana menerima diri ini seadanya,
mungkin ku tak mampu untuk memberi hadiah berharga ratusan ringgit sempena hari jadimu,
mungkin ku tak mampu untuk mengadakan parti surprise untuk memberi kejutan kepadamu,
tapi percayalah wahai sahabat,wahai teman,
bibir ni,hati ni,
tak pernah lekang dari berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan mu didunia dan akhirat,


maaf ku pinta jika terdetik dihatimu,
"kau tak pernah bagi aku apa-apa macam orang lain"
bukan tak mahu.malah ingin sangat,
ingin melihat senyuman yang terbit dibibirmu tika menerima hadiahku,
tapi apakan daya,
andai nasi yang dimakan bisa diluahkan semula dan ditukarkan menjadi duit,
dah lama ku lakukan untuk membeli hadiahmu walaupun kecil,
walaupun hanya sekeping kad ucapan yang berharga 50 sen...


andai nya kau ingin meninggalkan ku,
bagitahulah sebabnya,
andainya sebab kesalahanku berlaku tak jujur,maafkanlah daku,
tapi andainya kerana siapa diriku,yang tak setaraf dengan mu,
pergilah,
janganlah kau menoleh kepadaku lagi,
aku tak setaraf denganmu,aku tak mampu untuk melayanmu seperti kawanmu yang lain,
aku hanya mencari sahabat dan juga teman,
bukan kawan-kawan yang hipokrit dan juga suka berpura-pura,
pergilah andainya itu yang kau cari,
aku tak memiliknya...


sekian............Assalamualaikum

1 comment:

Anonymous said...

Jika aku jatuh..
Buat sahabatku..
Walaupun kte dpertemukan d persimpangan hidup ini..
Tapi…
Kau cukup bererti bagiku…
Kau cukup istimewa..

Sahabatku…
Inilah permintaanku..

Jika aku jatuh nanti…
Bantulah aku utk bangun..
Ubatilah lukaku..
N hapuskan airmataku..

Jika aku lemah..
Topang langkahku..
N tersenyumlah padaku…

Jika aku buta..
Bimbinglah langkahku..
Terangilah mimpiku..

Jika aku bersedih..
Tunjukkan kebahagiaan pdku..
Ajarkan aku tersenyum..
N perlihatkan ceriamu pdku..

Tapi,sahabatku…..
Jika aku pergi djemput Ilahi..
Jgnlah kau bersedih..
Jgnlah berduka..
Jgnlah kecewa..
Jgnlah terluka...

Kerna aku tak termampu tuk bgn lagi..
Tuk menghapus perihmu..
Tuk sntiasa ada dsisimu..
Tuk mendengar bicaramu..

Tapi..
Aku berjanji..
Tuk tetap hidup dlm hatimu..
Sampai kau sendiri yg menghapus namaku..
Dari hatimu..

Sahabatku..
Maafkan aku..
Sekiranya aku sering melukai hatimu..
Dengan kata2ku..
Tindakanku..
Gurauanku..
Atau apa jua..

Tapi sungguh..
Aku amat menyayangimu..
Salam sayang buat drimu…
Sahabat..
Smoga Allah sentiasa merahmati pershabatan kta..amiiiiin...^_^