sambil kita jalan-jalan kat bandar, kita selalu nampak ade orang yang keje construction,
kerja tanpa henti, tanpa kenal rehat,tanpa kenal masa makan,
dan mereka akan bekerja sehinggalah ketua mereka mengarahkan agar berhenti.
banyaknya peluh mereka,
sampai naik basah baju mereka dengan peluh,
tuala yang diletakan dibahu juga lencun dengan peluh bekerja mereka.
apabila terpandang wajah lelaki-lelaki yang juga mungkin bapa kepada sesiapa,
yang juga mungkin anak kepada sesiapa,
abang kepada sesiapa.
peluh menitik mengalir dimuka mereka,
dalam hati ingin bertanya,"penat ke?"
tapi tak sampai hati...kesian kat diorang.
satu peristiwa berlaku dalam keluargaku,
memaksa ibuku bekerja untuk menyaraku adik-beradik,
bila ditanya akan pekerjaannya,dia hanya menjawab kerja kebun je,
dalam fikiran lelaki yang berusia 15 tahun itu,apa yang mungkin difahaminya?
apa kerja mak nya di kebun itu?
persoalan itu terus saja ada dalam fikirannya walaupun ketika itu tangannya sibuk menanda jawapan kertas pmr,
habis sahaja peperiksaan itu,dia pulang kerumah dan sampai sahaja diterataknya itu,
dia terus bertanya kepada mak,"ada kerja lagi tak kat kebun tu?"
lantas ibunya menjawab,"ada,nak keje ke?"
nak3...
keesokan harinya,ibunya mengejutnya pada awal pagi,
untuk memulakan kerjanya bersama ibunya,
sampai sahaja dikebun,dia pun bekerjalah,
5 minit pertama dia amat cergas bekerja,
selang satu jam,tubuh mula rasa penat,
letih,lesu sangat,
pengalaman pertama kerja,hari pertama dikebun itu,
dalam fikirannya mula terdetik,camni ke mak aku bekerja?
penatnya?
gaji bape je?
berbaloi ke?
hatinya mula tersentuh,kesian mak aku,
dan apabila petang,kerja disambung lagi,
kanak-kanak itu disuruh menggali lubang untuk memasang pagar,
dalam terik panas,memegang hulu besi yang panas dipanggang matahari,
tanpa beralaskan sarung tangan,
dia menggali....
tanpa disedarinya kulit tangan nya yang masih lagi halus itu telah terluka kerana dek bahangnya besi penggalai itu,
kembali nya kerumah,dia membelek-belek tangan nya yang telah luka "meletup" akibat besi penggali itu,
matanya mula digenangi air,sakitnya kerja nie,penatnya,
kenapa mak sanggup buat,
along yang lelaki nie pun cam tak larat lau nk smbung keje esok,
...........T_T
namun keesokan harinya,dia tetap pergi dengan tgn yang telah dibaluti plaster,
dia melakukan kerja,
berbagai kerja,
hanya untuk belajar erti susahnya kehidupan,
hanya untuk mendapat RM10 barangkali.
dan dia teru membesar dan membesar sehingga kini,
dia sudah tegar dengan kerja-kerja yang membuatkan peluhnya menitik kebumi,
dia dah biasa...
kepada mak...
jangan isau,
along akan belajar,
biar nnty mak tak yah kerja lagi,
duduk umah je,
biar along lak yang jaga mak,
biar along je yang bagi mak belanja,
biar along je yang tanggung semua,
mmg nasib kita x sama ngan orang lain,
tapi tak pelah,
pa kita boleh buat,
cuma nnty,along dah kerja,
mak duduk je kat umah,
along jaga,
lau along terpaksa tak kawin untuk jaga mak,
along rela,biarlah along balas jasa mak dulu,
baru along rasa cukup bahagia untuk mula jaga orang lain,
jangan isau mak,
along x penah mungkir janji...
teringat kembali akan kisah lelaki yang penat bekerja tadi,
sesungguhnya aku mengerti jika dia sanggup kerja separuh mati untuk duit yang mungkin tak berbaloi,
tapi itulah caranya nk cari rezeki yang halal,
xpe abang,xpe pakcik,saya doakan pakcik bahagia dunia akhirat...
sekian..........Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment