hai...dah malam jumaat nie..dah lama je rasanya macam cuti nie..macam dah tak tahu nak wat pe dah...
dan..
bila jadi macam tu..mula timbul idea-idea yang dirasakan bernas...
jadi...
bila bosan...apa kata kita cuba resipi nie...
Bahan-bahan
250gm mentega
100gm gula icing
250gm tepung kentang
100gm tepung gandum
1 biji putih telur -supaya biskut tidak terlalu
peroi
Hiasan : ikut suka hati...janji puas hati...:D
Cara-cara :
1. Ayak tepung
kentang dan tepung gandum. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan
gula icing hingga berkrim, masukkan putih telur dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung
dan gaul dengan spatula hingga rata.
Rehatkan selama 15 minit.
4. Ambil doh sebesar
ibu jari (10gm) bulatkan dan golek bahagian tepinya dengan sugar colour (gula
berwarna) atau hiasan lain yang di sukai.
Gunakan garfu untuk membuat corak di atasnya.
5. Bakar di dalam
oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit.
![]() |
| nampak je cam keras...tapi dalam die...memang sangat lembut dan gebu... |
![]() |
| pastikan ada air kat sebelah bila makan biskut nie..kang tecekik lak..huhu |


No comments:
Post a Comment