Pages

Wednesday, 13 March 2013

Aku nampak aku…


Dulu..kita tak perasan, tapi kini, kita faham. Kenapa dia dulu bersikap macam ni, kenapa dia dulu suka wat macam tu. Masa tu, kita akan buat ‘saje’ je kalau apa pun yang dia cakap. Dan kita rasa macam..’okayla kita dah wat macam tu, at least. Adakah dulu pernah aku tanye? Tak..sebab aku rasa macam tak perlu pun. Padahal mende tu agak perlu. Pada sesetengah orang la. Kalau rasa macam tudung takpun kopiah tu tak pernah cabut dari kepala, mende tu tak perlu pun. Persetankan rasa tu.

Pernah tak kita terfikir yang dia tu suka ‘giler’ kat kita?? Dan yang dia tu sangat cam…care giler kat kita?? Walaupun dia selalu mesej kita, tapi pernahkah kita terfikir bahawa satu mesej dari kita tu bawa berjuta-juta lemon makna kat dia? Adakah disebabkan alasan ‘aku tak tahu’ tu menjadi penyelamat kita setiap masa? Sebab tu kita berada dalam keadaan selesa? Adakah sebab kita hanya menunggu saat dan masa serta orang yang sesuai baru kita nak belajar?agak-agak berapa lame baru kita nak ‘master’ semua tu? Agak-agak berapa lama orang laki/pompuan yang mak ayah kita kenalkan kat kita seminggu pastu terus kawin tu nak tahan dengan ‘tak reti’ kita tu?

Tak salah belajar, tapi jangan cuba-cuba, takut ada yang terluka nanti.

Apa kene mengena dengan tajuk kat atas tu?

Kalau dulu…kalau dulu la..aku duduk kat tempat ‘kita’ yang kat atas tadi tu. Tapi hari ni. Aku duduk tempat ‘dia’ kat atas tu. So…thanks..aku belajar lagi satu mende kompleks kat dunia ni. Lagi kompleks dari system jam yang bergerak berdasarkan denyutan nadi tu. Lagi kompleks dari system enjin sebuah kapal selam. Macam mana ‘dia’ pada masa tu boleh Nampak betapa selambanya ‘kita’ pada masa tu. Macam tu lah yang aku Nampak. Tapi..nak marah tak boleh, nak buang tak boleh. Hadapilah kesengsaraan tu dengan jayanya okay. Macam mana ‘dia ‘ tu boleh je wat. Tak kan lah ‘kita’ pada masa nie tak boleh buat? Ade pengalaman? Ade pengetahuan? Praktikkan..supaya ianya akan jadi lebih baik.

Kenapa cincin tu bulat ? kenapa bumi ni bulat? Kenapa bula tu sebenarnya bulat? Dan kenapa banyak mende kat dunia nie bulat? Sebab…pada satu masa…kita akan balik semula pada apa yang kita dah buat..karmanya ataupun balasannya. Tuhan tu sangat-sangat Adil.

Tak kan lah semua mende nak kene gtaw…kang cam murid-murid lak. Tak best la. Kadang-kadang mende ni kene datang sendiri. Cuma…bila?? Fuh3…kuat….kuat..kuat..kuat..



Sekian…Assalamualaikum

No comments: