semalam, masa tengah tunggu turn nak potong rambut kat ada satu ke wak dekat-dekat sini. aku sempat borak-borak dengan satu brader ni. masih boleh dipanggil brader la, anak baru 3, satu baru lahir. dia bawak anak-anak dia nak potong rambut, hari ni kan dah naik sekolah.
borak sana, borak sini. rupanya brader ni keje kat kilang Honsin kat depan BP Mall tu. kilang tu wat baju, hantar sampai luar negara dan ramai pekerja dia adalah warga asing. okay, aku tak nak cerita pasal warga asing kat sini, aku nak cerita pasal orang yang kerja kilang. aku respect diorang.
orang kerja kilang, kalau kita perasan, diorang macam cool je. cool hampir dalam setiap perkara, dalam teruskan hidup, wat kerja pun tenang, walaupun kat belakang tu ada selori lagi baju yang belum cetak. tapi diorang masih lagi cool. cara bercakap, lagi-lagi pasal hidup ni. adakalanya lagi bagus dari orang yang bawak kereta mahal-mahal, pastu tak abes bayar lagi, sakit kepala.
borak dengan brader tu, sentiasa diselitkan tips, petua dan juga cara bila dah kawin, macam mana nak handle bos, dan juga macam mana nak rilek dalam hidup ni. aku berasa bernasib baik, pada masa yang sama aku terfikir kebenaran percakapannya, walaupun hanya ada PMR je, tapi "isi" dalam cakap dia..kalau ustaz ustazah dalam menjalani hidup. dalam agama dia memang la jahil, tapi kalau tu nak dijadikan bandingnya. korang kawan je la ngan ustaz usrah takpun alim ulamak je. orang-orang macam brader ni tadi. jangan peduli. diorang useless "pada korang".
macam mana dia boleh wat rutin harian, bangun awal, kerja start pukul 7, sampai pukul 7 semula. hantar anak-anak ke sekolah. bayar bil, bagi anak makan, 6 hari seminggu bagi yang rajin dan 5 hari seminggu bagi yang biasa-biasa. tapi bila aku jumpa diorang, masih lagi boleh senyum. mana dia dapat kekuatan tu? adakah sekadar nak sorok apa yang ada dalam hati? aku tak pasti. yang pastinya, semangat dia kental untuk teruskan hidup, besarkan anak-anak dan juga pada masa yang sama boleh lagi berbakti pada mak ayah dia.
kita? aku? keta pancit pun dah tensen. jalan jauh sikit dah nangis-nangis. luka sket dah nak pitam. nak jaga anak? besarkan anak? ada rumah sendiri? ke nak rumah tu jadi reban orang? brader tu citer macam mana susahnya nak mulakan hidup rumah tangga tu, suka memangla suka. tidur memang sama-sama. tapi bila nak menguruskan tu, akan ada rasa macam..dia kata, "kau akan faham" tapi jangan gelabah, rilek. masa tu, kau akan kenal isteri yang dulu kau gila-gila sangat kan? sekarang kau terima la macam mana pun dia. nak menyesal? tak boleh dah.
masa tu gak dia cakap la, cara camne nak kenal orang-orang ni. pilih baik-baik, aku dah lepas, katanya. dan dia kata dia oke, sebab isteri dia tu anak yatim. pastu lak nak dok jauh, memang dia lagi prefer dok kat sini. takde la keje nak lari rumah je kalau gaduh.
sejam aku dok kat kedai wak potong rambut tu. tak terasa pun, mungkin otak ngah kerja keras nak sedut segala maklumat yang tak diajar dalam kelas kat maktab ni. aku tak perlu jalan jauh-jauh untuk cari pengalaman, adakalanya ade dekat-dekat je. watpe nak bazirkan duit.
pergi kelas, bayar itu, bayar ini. tidur. dan semua tu akan looping selagi adanya kita kat sini.
sekian...Assalamualaikum
2 comments:
quite true bro.hidup lps kawin ni tak mcm dlm movie.
pelajaran tu utk yg msh mencari.
yang dah jumpa pun..
ttp kene belajar juga.
masalah mungkin sama. tapi belum tentu sama cara nak selesainya..
Post a Comment