Pages

Monday, 25 February 2013

carilah yang betul-betul...

carilah yang betul-betul, yang bersungguh-sungguh dan yang benar-benar maksudkan sesuatu itu. yang membuat sesuatu dengan sepenuh perasaan, bukan sekadar 'celup-celup'. sebab bila dia 'melepaskan' kita tak perlu jatuh terjelepok, mungkin masih lagi ada sisa-sisa jemarinya yang menghulur. dari terus membiarkan saja kan?

dalam persahabatan, dalam hubungan melibatkan jiwa raga dan apa jua yang memerlukan dua jiwa yang berlainan. mesti cari yang betul-betul. nak cari yang 'sweet' 3 bulan? berlambak. yang 'sweet' sebulan? lagi banyak. yang sementara tu memang banyak. dunia dan seisinya. tapi yang kekal tu sedikit saja, dan berapa ramai antara kita yang berjaya mendapatkan yang kekal tu? ramai yang masih lagi mencari tanpa jawapan yang pasti. kemanakah aku?


sama juga dalam hidup kita, nak jumpa kawan sehidup semati? ingat senang ke? kalau makan pun nak berkira, ingat dia nak gadai nyawa dia untuk kita ke? sapa kita ni? kenal pun tidak, tak pasal-pasal lak nak kene korban nyawa untuk dia lak. ade lojiknya, tapi andai ada antara kita yang jumpa, dia untung.


aku ada satu mende nak cerita kat sini...


bagi yang pernah ade bf/gf. itu pengetahuan sedia ada yang sangat membantu, dan siapa yang sedang berbuat mende yang budak usrah kononya tak buat, itu pun okay gak. tapi pada yang 'tak pernah'..takpe..boleh wat brainstorming ye..


okay..kita mulakan cerita ye, cerita pun bermula macam ni...


sebelum kita aku ade pakwe atau makwe, kita akan ade kawan dulu kan? sama ade awek/bf kita tu adalah kawan kita ataupun orang lain. tapi semua orang akan ada kawan kan? tu satu part.

pernah tak kita macam buat mende giler-giler dengan kawan kita? pernah tak kita wat mende giler-giler dengan bf/gf kita? kalau tak pernah, tu maknenyer korang sumer mmg NERD tahap 6 nyer.

dan apa yang nak ditekankan kat sini, adalah satu persoalan. mana satu lagi best? buat mende giler dengan kawan kita? atau bf/gf kita? aku tak nak citer sal suami ke hapa ke, sebab tu dah memang sume orang tahu. so completekan diri, kawin. jangan kacau orang.

balik semula ke cerita tadi. mana satu lagi best?

dengan gf/bf

kenapa ada yang cakap dengan bf/gf ni best? okay, salah satu hujahnya, kita buat mende tu dengan orang yang kita sayang, orang yang selalu dengan kita. yang memahami kita. yang AKAN kahwin dengan kita. yang akan hug kita bila kita sedey, yang akan habiskan duit dia beribu-ribu hanya untuk mengahwini seorang pompuan yang tak tahu urus rumah, yang hanya untuk ditiduri sahaja. baik pegi jumpa mak ayam je, dapat yang dara lagi taw. lagi murah, dan lagi mulia, sebab kita dah selamatkan dia dan dia juga meletakkan mahar yang rendah. (pada aku la)..

bayangkan pulak tengah wat mende giler tu. tiba-tiba la silap 'tune'. terus moody, tachink sana, tachink sini,pastu yang pompuan ni mesti nak pakwe dia pujuk, dah la penat ni pastu nak pujuk 'makcik' yang merajuk tak tentu hala tu. ase cam @@@#$@$#$@ giler kot. pastu balik muka masam je. pastu mula la makan nak kene suap, beli coklat 5-6 kilo. kek 3-4 bijik. dah habis 200 baru la puas hati. tak rasa kesian ke kat orang yang korang 'sayang' sangat tu? kalau itulah sayang..oklah..bye..


dengan kawan

 kat sini. aku nak cakap, dengan kawan ni...sangat-sangat best. kenapa? biarpun dia lain jantina. tapi kita macam takde masalah taw. takde la tachink maching ni. tak buat mende dengan orang yang kita sayang? mana ada, lau kita tak sayang kawan kita, kita tak tolong pun dia, tak peduli pun dia. tapi tak perlulah nak diungkapkan dalam facebook kan. yang penting dia dan kita tahu, dan yang paling tahu macam biasalah..Allah. jangan dilupa yang di atas.

takde rasa nak pujuk-pujuk, kalau majok kawan-kawan tu kejap je, dan mende tu tak tensen pun. takyah nak habis duit langsung, cuma dok senyap-senyap 5 minit je. pastu mesti akan okay. tak okay? tu masalah korang la, bukan aku.

kenapa kita kene wat mende-mende pelik ni dengan kawan kita? sebab kalau kita akan kahwin denga dia takpela, tapi kalau dia bukanlah kita punya, at least kita akan ada kenangan, dan aku harap yang bila satu hari nanti, bila dah ada anak ke. boleh jumpa balik kawan-kawan. cerita-cerita. mesti ase best giler kan? haha. gelak kan dia, pastu kene gelak semula. oh..siyes aku ase cam tak sabar nak lalui tu tapi aku takut masa tu aku dah tak larat sangat, takut mati dulu pun ye jugak. tapi sesungguhnya kenangan tu harus dikenang, sebab tu nama pun kenangan kan? ingat mende-mende yang menghiburkan. carilah kawan, dan luangkan masa bersamanya. moga kita juga yang akan rasa hidup ni best je. kenapa nak mesti tidur je. nak dok berbincang dalam bilik, tutup pintu. mungkin tu cara korang menikmati hidup, kan setiap muslim ada tugas dakwah. terpulang. tapi aku, hepi go jimbit... tapi mende tak sesuai untuk semua orang, so jangan expect orang akan jadi macam kita dan juga sebaliknya..tolak ansur...^^


ade kelas petang ni!!








ade masa nanti, drop komen, kita boleh bukan topik lain. takde masalah..:)











sekian...Assalamualaikum




6 comments:

Anonymous said...

nikmati hidup sebaiknya!yeah!

weirdo_stranger said...

yup... makan kat sume warung-warung yang ada..rasakan pengalamanya.

live the life..huhu

Najwa Najihah said...

blm habes round lg warung2 yg ada ni.camne...?

weirdo_stranger said...

aik??

mcm mne taw xabes round lagi ni?

huhu

Najwa Najihah said...

ada je warung yang belum pernah sampai. :D

weirdo_stranger said...

haha..yela2..nanti pegi..