dalam hati kita, akan sentiasa ada lintasan-lintasan. sama ada baik atau buruk, hanya Allah yang tahu. syaitan sendiri pun tak tahu apa yang ada dalam hati kita. dia cuma bole goda je, tapi bukan hak dia untuk tahu apa yang ada dalam hati ni.
bila ada sorang manusia ni lalu depan kita, sama ada baik ataupun tak yang melintas dalam hati kita itu hanya Allah yang tahu. jadi, jika ada antara kita yang terlintas untuk menkhianati orang sekeliling kita, itu rahsia kita dengan Allah, dan bila kita melakukannya, syaitan akan menambah ajinomoto yang mampu menyedapkan rasa lantas membunuh kita secara perlahan-lahan.
jadi apabila manusia tu berkehendakkan untuk buat baik atau jahat. itu adalah pilihan dia sendiri sebenarnya. asalnya dari diri sendiri, syaitan tu sebagai penyebab saja.
aku mintak maaf kerana terlalu ambil tahu...
sekian...Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment