hai..dan selamat datang, selamat membaca lagi, tulisan-tulisan yang ada kemungkinan menyakitkan hati, membuat hati terasa membara, tersirap darah, jiwa jadi tak tenteram. lama rasanya tak pegang laptop ni, dekat 3 hari gak la..ada program yang perlu diikut dan ada kerja yang handak diselesaikan. kewajipan tu lagi banyak dari waktu yang kita ada, kata imam hasan al banna.
banyak rasa yang nak ditulis, tapi itula, ada je kekangan yang kadang-kadang aku sendiri tak mampu nak elak. nama pun kekangan kan, kalau elak, takdelah nama dia kekangan sangat kan. proceed dengan apa yang nak ditulis pada hari ni, sebelum mata ni tutup, so meh kita isi masa yang berbaki ni dengan mende-mende yang berfaedah <pada aku la>, pada orang lain aku tak taw la. zikir adalah lagi bagus. baca hadis ke.
habis satu bab, akan bermulalah bab baru dalam hidup kita. dan kitaran tu akan berterusan sampai la ke hari kita meninggalkan dunia. maka bermulalah pulak episod kehidupan bawah tanah kita. tu hal lain, sekarang ni aku nak cerita pasal kehidupan kat atas muka bumi ni.
cerita tentang benda hidup ni tak akan habis sekalipun dia sudah mati. sekalipun matinya dengan cara baik atau sebaliknya, cerita tu mesti ada kan? same thing happens to me, to us, to everybody. semua orang akan rasa. sama ada ianya betul atau tak, zaman sekarang ni, ade orang peduli ke? dan bila "penambah lauk" sampai, maka ianya akan jadi lebih sedap dan sedap. kene pulak tukang goreng memang pakar dan juga ada pelanggan setia kat "kedai" tu. maka "perniagaan" yang diusahakan sejak sekian lama semakin maju. bertambah-tambah "simpanan" dalam "asb" mereka. setiap hari, setiap minggu, takpun setiap bulan. akan ada je resipi baru yang akan dikeluarkan, sama ada masakan barat ataupun masakan arab. dalam usaha untuk memastikan perlanggan mereka berpuas hati dengan khidmat yang diberikan, maka air yang hendak diminum diberi secara percuma.
ingat, pesanan buat aku dan juga sape-sape yang terjumpa link blog ni, jangan cepat melatah, kalau boleh. kebenaran akan terserlah. jatuh bangun kita ditangan Tuhan. kita cuma boleh berusaha. jangan mengalah dan percaya bahawa Tuhan tu Maha Adil. sabar, tunggu je masanya ye. perhatikan dan belajarlah. kita tak rugi apa-apa pun kalau kita sabar.
time kasih pada yang sudi mendengar...aku tak tahu nak bagi apa kat kau..time kasih sekali lagi..ada apa-apa? gtaw je k...
jom rehat...!
sekian...Assalamualaikum
4 comments:
mcm rancangan msk2 pulak ek.huhu...
sabarkan indah.
kata org tua2,melatah tu buruk rupanya. :D
ni bukan masak nasik taw..ni kes masak orang ni..hidup-hidup kene rebus taw..
takpe2..ngah sabar ni..tunggu je masa..kebenaran akan terserlah..
my pray with you.
mekasih,,,^_^
huhu
Post a Comment