Pages

Saturday, 12 January 2013

kehilangan...

sahabat..kawan baik...kawan biasa..kawan rapat..best friend..dan juga geng klik-klik kita. semua mereka-mereka ni adalah seseorang yang kita rasa selesa untuk kita berkongsi masalah setelah kita adukan pada yang Yang Maha Esa dan juga keluarga kita. pada aku. aku tak tahulah pada kau macam mana.

saban hari, sejak kita kenal dia, macam mustahil je satu hari itu akan berlalu tanpa ada mesej daripada dia. mana mungkin tak berhubung kan? kata kawan baik, takde masalah la nak berhubung bila-bila pun, walaupun waktu tu awal pagi. selagi tersedar, untuk kau sahabat, selagi terdaya aku buat.

bila ada yang merasakan yang kita seperti membuatkan mereka tidak selesa, sudah lumrah jika ada yang bercerita. sama ada cerita yang baik atau buruk, menjadikan kita semakin renggang, mula tidak bertegur sapa. macam tak pernah kenal langsung!!

dan satu hari, ada seorang antara kita, aku tak pasti sama ada aku ataupun kau, memulakan semula bicara antara kita. "hai, boleh kenal". macam ayat nak ushar awek je. dan sama ada aku atau kau, memulakan kembali perkenalan itu, tangan yang dihulur pasti bersambut. salam yang dilemparkan tak pernah tak bersahut.

adakah kita tak rasa bersalah bila kita adalah penyebabnya mereka itu renggang? adakah kerana kita merasakan niat kita suci?? bagaimana pula jika kita salah? kemanakah dosa itu harus dihantar? kotak amalan siapakah yang menjadi mangsa? tak kenal orang..jangan cakap pasal orang, cakap pasal kucing.





sekian...Assalamualaikum

No comments: