Hai..selamat malam jumaat kepada mereka-mereka yang berkenaan. Bizi? Takpe, tu biasa. Okay, aku nak citer apa yang dah aku dengar kat surau tadi, pegi surau la malam jumaat, ada makan-makan kot.. rugi tak datang.
Apa yang ustaz tu cakap masa kuliah tadi adalah seperti tajuk kat atas tu. Antara cara- cara nak hidup kat dunia ni… tenang je. Apa yang perlu kita buat? Pertama dan yang terakhir.
Sentiasa berfikir masih ada hari esok. Tu je keyword dia….
Kenapa dia cakap macam tu? Kita ambil satu contoh la. Katakanlah kita buat satu kerja hari ni…erm..mesin rumput la..kita buat kerja macam biasa, bersungguh-sungguh. Dan bila waktu kerja habis..alamak!! tak siap lagi la!! Tak mengapa esok masih ada, selagi tak over schedule, takpe. Tak perlu nak gopoh-gopoh. Ramai antara kita yang mati dengan fikiran bahawa banyak urusan kita masih lagi tak siap. Tak perlu fikir macam tu!! Kalau kita mati hari ni, ade 7 cek nak bayar tender kontrak yang kita tak sign lagi, takpe sebab pengganti kita akan buat untuk kita. Katakanlah kita repair henset, tak siap hari ni, tak pe!! Sebab kita ada lagi satu henset, dan takde effect pun kalau henset tu tak siap hari ni.
Jangan terlalu fikirkan hal dunia sampai kita tak ada masa untuk agama. Alas an yang biasa kita dengar, " tak sempatla nak pegi ceramah tu, nak settle hal ni, keje jat sana berlambak lagi, assignment tak sempat nak copy paste lagi(eh2)..haha. dengan Allah, jangan buat alas an, sebab Allah lagi tahu apa yang ada dalam hati kita. Kita cipta satu alas an hari ni, Allah twist sket je hidup kita, time tu, baru la nak terkejar-kejar. Sampai satu tahap, manusia tu sendiri akan rasa cam nak pegi ke surau, masjid. Tapi masa tu, tak yah nak dia buat alasan, mungkin masa tu bini dia sakit, anak dia ad ekes emergency la. Dia mungkin tak perasan masa tu, tapi kita yang melihat kejadian tu? Dan kita pulak tahu apa sebenarnya yang terjadi? Ambillah iktibar..
Tak siap hari ni?? Esok masih ada…InsyaAllah kita tak akan rasa terlalu tertekan tapi jangan la pulak sebab tu kita jadi malas.. tu masalah orang melayu la tu.
Tapi mesti kita ingat, dalam hal akhirat, takde istilah masih ada esok. Ada masa, kesempatan,tak dapat tidak, kena buat terus…
Jadi?? Apa yang kita perlu buat sekarang? Jom pegi jumpa hari esok…jom tidur!!!huhu
Sekian…Assalamualaikum
2 comments:
haha...gi surau tu,serampang 2 mata la ea.penuh ilmu,penuh perut.baguuus.
tangguh buat kebaikan?rugi.....
hait,esok msih ada...
yup..jangan terlalu rush sangat..ilek2 je..
nie bukan serampang lagi..
dah jadi cangkul daa..haha
Post a Comment