Pages

Thursday, 20 December 2012

jika kita mengimpikan sesuatu...






pernah tak kita memasang impian untuk melakukan satu-satu mende ataupun pasang impian untuk memiliki seseorang dengan spesifikasi tertentu..haha..macam nak beli kereta lak kan? tapi perlu kita fikir semula, makcik-makcik nak beli pinggan pun ade kriteria yang tersendiri taw..nak bunga halus-halus la, bunga kene keliling pinggan. pastu lak lau nak bagi pengantin nak naik rumah baru, kene yang ade sadur emas lak kat tepi-tepi tu. berlekuk dalam la, lekuk sket la. macam-macam la..itu baru hal nak beli pinggan je.,belum lagi hal- hal lain.

macam tu lah juga kita dalam pasang impian. kena ada ciri-ciri yang melepasi MQA 9001 gitu haa...contoh la...impian nak pergi ke paris bebulan madu..fuyooo..macam artis lak..takpun camni la..nak pegi mesir la..nampak islamik sket kan? haha..baru la tak rasa "janggal" nak pakai tudung labuh-labuh sket ni..

mesti ada target..

bila kita nak pegi sana?
dengan sape kita nak pegi?
berapa bajet kita?
nak duduk hotel standard ke..hotel giler kaw nyer layanan?
nak pegi naik ape? kapal terbang ke...kapal laut cam titanic?
dan akhir sekali..kita nak keje apa nak pegi sana tu..nak kumpul duit macam mana?


dan bila kita dah ada impian tu...gantungkan ataupun letak dimana-mana yang kita senang nak nampak dan tengok selalu..kenapa?

sebab..kalau kita dah ada impian..kene kene cuba untuk realisasikan..kalau kita tak menjadikan impian tu kenyataan..sama je macam kita tak pernah impikan atau terfikir pasal mende tu...

dan pada aku..sangat rugi..


biarlah kadang-kadang apa yang kita nak tu cam tak lojik je..tapi kalau Tuhan nak bagi kita? sapa boleh halang kan?

so..it doesn't matter what it is..it is in you actually...











selamat hari jumaat...penghulu segala hari...











sekian...Assalamualaikum



No comments: