ada masanya kita merasa penat dan tak mahu meneruskan lagi hidup,
tapi Allah berkata,
teruskanlah, ada sesuatu untuk hambaku yang sentiasa berusaha.
apabila kita merasakan seperti kita sudah tersekat dalam satu keadaan yang pada kita, tak ada harapan lagi,
tapi Allah berkata,
"barang siapa yang bertaqwa kepadaKu, Aku jadikan baginya jalan keluar"
bila kita melihat ramai antara kita yang sudah ketemu jodohnya, kita merasakan seperti di dunia ini tak ada lagi untuk kita,
tapi Allah berkata,
tunggu dulu, kamu belum bersedia lagi.
selalu terjadi pada yang menulis, dan mungkin juga pada orang lain...seringkali Allah menjadi pilihan yang terakhir. dalam sedar tak sedar. kita acapkali melakukannya. kenapa? tepuk dada, tanya iman( ayat kat fb)..pinjam jap..
tak salah jumpa kaunselor, tak salah jumpa kawan. bercerita dengannya, tapi kalau boleh, ceritalah pada yang patut kita citer dulu, pastu nak jumpa kawan pun xde hal. kita sebagai manusia pun rasa cam tak best je kan bila diletakkan dibelakang sedangkan kita ada hak, inikan pula Yang menciptakan kita.
seorang lelaki yang menggelar dirinya pakwe kepada seorang perempuan akan marah bila perempuan yang jadi aweknya tu, kuar jalan-jalan dulu, baru gtaw dye..rasa cam dibelakangkan. itu belum lagi ada hak, tapi dah nak marah, cuba bayangkan bila dah ada hak nanti?
sama lah macam yang patut kita buat, pada siapa dulu yang patut kita wat pape,cakap pape..kita cakap, kita buat. baru lah hidup ni rasa macam kurang masalah je, tak boleh kata tak ada masalah. tetap ada, cuma rasa kurang terbeban sikit.
maaf penggunaan perkataan yang kurang memberangsangkan...
![]() |
hujan-hujan ni bahaya tol la..
sekian...Assalamualaikum

2 comments:
Allahu musta'an. :)
yup..Allah jualah segala-galanya..^^
Post a Comment