Ahad..semalam aku pergi menghadirkan diri ke majlis perkahwinan abang nyer kawan aku. Alhamdulillah, selamat dah dia dengan orang baru yang akan mula mewarnai hidupnya yang dulu kelihatannya kurang terurus sket..moga pasni dia akan lebih kemas dan nsem sket…kot…haha
Apa yang aku nak 'highlightkan' kat sini, dia seakannya menyedari akan setiap pandangan orang yang melemparkan pandangan ke arah pelamin yang penduduknya ialah dia dan juga isterinya. Seakannya mengerti akan setiap perkataan yang terdetik dalam hati yang memandang mereka berdua.
Bila jam mula menunjukkan pukul 8, selepas semua jemputan dah balik kerumah masing-masing, mestilah dah malam kan??huhu..kitorang(aku dengan yang seangkatan dengannya) penanggah sekalian. Ok jap, aku pegi umah kawin tu bukan pakai smart2 okay..it is not me..kalau member aku kawin..InsyaAllah..aku cuba tolong..wat air pun xpe la..xpun tolong cuci pinggan..tak banyak pun..sket pun jadi la..nak pakai smart2 ni..kalau aku pegi umah orang kawin tapi aku tak bape ngam ngan dia..memang gua datang cam YB la..huhu
Berbalik pada cerita asal kita ea..bila da abes majlis..dah abes mkn telur pindang(betol ke ejaan ni)..haha..bior je la..janji aku faham, kitorang pun lepak2 la dengan pengantin yang nmpaknya makin kurus sebab penat bergambar.
Tibe2 je dia bukak citer sal isteri dia. "aku tahu korang nak cakap ape, tapi biar aku yang cakap sendiri. Dia memang tak lawa, tak ada apa yang istimewa pun sal dia kat korang la..Cuma aku cakap kat korang satu mende je". Kitorang yang bujang ni pun Tanya la,"apa dia?". "aku sayang dia", dia menjawab dengan muka penuh ekspressi. Siyes cam nak terajang je makhluk ni..haha..
Tapi aku memang respect la dia..bukan kene minyak guna-guna okay..aku pegi kat dia dan cakap sambil tepuk bahu dia..bro gua respect lu, haha.
…
Susah nak jumpa orang yang………………macam tu la..biasanya, mesti ada yang istimewa la kat orang yang dia minat tu. Ada yang sebab duit,sebab muka cam memey la, mata cam sape2 je la..dan kebanyakannya bukan apa yang ada kat pompuan tu sendiri, tapi ianya lebih kepada orang lain, kebanyakannya artis yang menjadi sebabnya..what the fish men??
Kenapa bukan apa yang ori pada si dia tu yang buat kita terpaut?
Kenapa mesti mulut cam Angelina jolie baru buat kita suka kat dia? Kenapa muka cam remy ishak baru wat kita tergila-gila kat dia? Agak2 kalau remy ishak tu bukan sape2. Kita ley suka ke kat dia? Sume orang ada rasa yang tersendiri..
Dah lama tak update..lama ke? Haha..laptop ni la teman yang setia dengan aku bila "Karen" tu masih lagi ada..
Sekian…Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment