Pages

Wednesday, 10 October 2012

salam takziah...

petang tadi..sebelum pergi turun ke padang..main bola..aku ada menerima satu berita..

bapa kepada salah seorang kawan kepada kawan aku yang sekelas dengan kawan aku meninggal dunia..

kerana kemalangan yang menimpanya petang semalam..hari selasa, 9 oktober 2012..

sangat sekejap dan sekelip mata je ianya berlaku..andainya tengah hari tu dia ada menelefon arwah, itulah kali terakhir dia bercakap dengannya..

tapi apa yang dah lepas biarkan lepas..aku macam biasa..dengan kawan-kawan..pergi menziarah..baca yasin..buat apa yang patut..

tapi memang betul..mana-mana pun kita pergi ke tempat yang ada kematian..suasananya memang sunyi dan perasaan hiba menyelubungi keadaan sekeliling..

selesai baca yasin..tengok muka arwah buat kali pertama dan terakhir...tenang je..adakah aku juga macam tu nanti? aku tak tahu..semoga dipermudahkan..InsyaAllah..

Al-Fatihah buat arwah..aku faham perasaan dia..semoga dia tabah..










sekian...Assalamualaikum

2 comments:

Anonymous said...

insyaaAllah, semua org ada peluang mcm tu.

Allah looks at the process not the results only.

:)

weirdo_stranger said...

huhu...InsyaAllah..

very right...:)