Wednesday, 15 August 2012
Sampai satu saat..sampai satu masa..
Hari ini..tanggal 15 ogos..aku mengenali seorang insan yang pada aku dah cukup sempurna untuk dijadikan teman hidup sampai keakhir hayat aku. Hari-hari yang berlalu bagaikan terasa sangat cepat kerana dalam ingatanku hanya ada dia yang sering membuatku berangan tentang masa depan yang dirasakan cerah bersamanya.
Tapi…bila usia perkenalan kami mencecah 1 tahun…aku mula merasakan sesuatu kekurangan yang ada pada dia bila kami keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan kami yang lain. Dulu aku merasakan manjanya dah cukup untuk buat aku rasa tak tenteram bila bersamanya..tapi kini..semuanya bagaikan sudah biasa.dan yang paling aku takut ialah aku mula merasa bosan. Bagaikan tiada serinya lagi perhubungan kami ini
(dibaca dan ditulis semula oleh pemilik blog dari sumber yang boleh dipercayai)
Cerita ni diceritakan oleh kawan aku..dan ianya merupakan pengalaman dia sendiri, Cuma tarikh tu tak berapa nak betul la..dan bila difikirkan balik..rasanya macam déjà vu je bila aku mendengar cerita ni…adakah aku pernah mengalaminya?haha..
Dan aku berborak panjang dengan dia..sambil bermodalkan 2 cawan air kopi kaw buatan awek waiter tu..nasib baik lawa..xsedap pun aku consider sedap lagi la..borak punyer borak…sembang punyer sembang…lastly we come out with one conclusion…apa silapnya dalam hubungan yang dirasakan hambar lepas setahun…dua tahun…tiga tahun..apa silapnya..pada pandangan kitorang…
1. Cepat merasakan dialah yang dicari-cari setelah menghabiskan sesi persekolahan dari umur kecik sampai habis SPM. Katakanla satu hari kita jalan-jalan kat mall, pastu Nampak ada satu group pompuan, gedik-gedik,ketawa kuat-kuat,jalan penuh satu mall sebab diorang je. Pastu lak dalam ramai-ramai tu ada la sorang..senyap dan selamba je..kire macam matang la kononya. Dan kita pun terperasan la keperibadiannya yang ‘menyerlah” tu. Kita pun mula la terduduk kat food court dan mula terbayang sal dia..try punyer try..maka hasilnya berjayalah mereka yang berusaha dengan sepenuh perasaan.
2. Memberitahu tentang perasaan kita terlalu awal..zaman sekarang ni!!semua mende kene awal..tapi pada kitorang..ada masanya kene awal..tapi ada masanya nanti..akan ada masa yang sesuai untuk kita memberitahu tentang perasaan kita yang suci tu..kalau dah memang dia jodoh kita..watpe nak risau lagi..tak percaya kat janji dan ketentuan Tuhan ke? Tepuk dada tanya iman la bro..ramai antara kita boleh bercakap je..tapi praktikalnya…hampa..
3. Hati yang terbuka terlalu luas…ada orang..dari start sekolah..dari sejak dia mula mengenal cinta, takpernah berhenti bercinta..habis orang tu..ada orang ni..abes orang Malaysia..orang Myanmar pun dia kebas..dan sampai sekarang..masih lagi tak jumpa-jumpa dengan dia punyer ‘prince charming’ tu..dan ada pulak..cinta pandang pertama tu la last forever..pelik kan dua situasi ni..tapi itulah kenyataanya..terlalu senang menerima orang yang ingin ‘berkenalan’ dan ‘mengenali’ kita…bukan play hard to get..tapi mende free ni tak tahan lama..tu je konsep dia..
4. Takut kehilangan bakal isteri…jadi..orang sekarang ni..”ikat” pompuan tu dengan menjadikannya sebagai aweknya..kononya ada half access la untuk reserve dia..tapi..perlu kita ingat..walaupun pompuan tu dah ada pakwe..dia masih ada lagi kawan baik yang dia adakalanya lebih percaya dari pakwenye..believe it or not..its up to you..
5. Terikut dengan trend tempat tinggal…kalau kita belajar kat satu-satu tempat..mesti ada je cam satu musim kan? Katakana ada musim pakai shawl belang-belang, musim pakai selipar crocs warne fluoresent dan trend cari pakwe yang sama dengan group-group kat tempat kita belajar pun adalah satu trend juga. Walaupun ianya melibatkan perasaan kita dan juga orang lain. Tapi dek kerana trend dan juga hawa nafsu..semua tu jadi seakan biasa saja..something that forbidden now legally happen..
Apa yang akan jadi bila semua tu kita buat? Kita rasa cepat jemu..dan…sampai satu saat..sampai satu masa…kita akan tinggalkan dia..andainya kita masih lagi tak sedar apa yang kita buat tu tak berapa nak betul..moga ada satu hari dalam banyak-banyak hari dalam hidup kita..kita akan sedar..InsyaAllah..
Pbs dah habis..raya pula menjelma..dan assignment mula nak dihantar..life is short to live based on people saying…
Sekian…Assalamualaikum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment