ada citer kartun baru keluar tadi..maka dengan penuh perasaan ingin tahu bersama-sama dengan budak-budak lain yang juga ingin tahu macam mana "brave" tu..kitorang pun memulakan langkah dengan kaki kanan ke BPmall yang dikatakan dekat je dengan maktab ni..
beli je tiket..masuk je panggung..tengok la citer tu..habis je citer..maka inilah sedikit sebanyak refleksi yang dapat dibuat..
brave...apa yang dikatakan brave dalam citer ni adalah keberanian yang perlu dihadapi oleh seorang tuan puteri yang pada suatu ketika dulunya tidak dapat menerima bahawa dirinya adalah seorang puteri raja. ingin hidup bebas seperti biasa tanpa memikirkan bahawa dirinya ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. hidup hepi tanpa sebarang masalah. sampai satu tahap dirinya perlu berkahwin dengan beberapa putera pilihan oleh ibunya,
oleh sebab tak suka akan cara ibunya yang merupakan seorang pemaisuri dan juga agak mendesak, dia berjumpa dengan seorang ahli sihir tua untuk membuatkan ibunya "berubah" agar tidak meneruskan rancangannya tu..tup2 tiba-tiba pulak mak dia bertukar jadi beruang..dah la zaman tu memang orang-orang kat sana suka buru beruang, maka terpaksalah dia bait macam-macam untuk menyelamatkan ibunya dari dibunuh. dalam plot ni..apa yang dilalui oleh mereka dua beranak kembali membuatkan mereka rapat dan lebih memahami antara satu sama lain, sebab masa mak dia berubah jadi beruang...mak dia tak boleh bercakap bahasa manusia macam biasa...akhir sekali..dia berjaya menyelamatkan mak dia dari sumpahan tu..dan pengajarannya...
dia tak perlu nak ubah takdirnya..sebagai seorang puteri atau siapa pun dia..tak perlu nak ubah mak dia untuk ikut cakap dia je..tapi apa yang perlu dia buat adalah jadi berani dan juga kuat untuk menghadapi takdir tu supaya tak "terduduk" bila tak dapat nak settle mende tu..that's why la name citer tu "brave"..huhu
elaun da nak masuk..jom habiskan duit!!!huhu
sekian...Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment